Background Image
Previous Page  191 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 191 / 298 Next Page
Page Background

154

capaian kepada data. Hanya pihak pembekal

(Censof) sahaja yang dibenarkan untuk capaian

data bergantung pada laporan RFS pengguna dan

dipantau oleh Pengurus Sistem.

2.1.6

Penubuhan dan Pemantauan Anak Syarikat

UPNM Business Centre Sdn. Bhd. (UPNMBC) mengguna pakai

sepenuhnya Garis Panduan Pelaburan UA tahun 2004. Kertas

kerja cadangan bagi penubuhan UPNMBC yang mengandungi

pelan perniagaan seperti matlamat penubuhan syarikat, modal

syarikat dan pemegang saham, ahli lembaga pengarah, struktur

organisasi, unjuran aliran tunai dan jangkaan penyata pendapatan

untuk tempoh lima (5) tahun telah dibentangkan di dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 03/08.

Mesyuarat tersebut telah bersetuju menubuhkan UPNMBC.

Penubuhan UPNMBC juga adalah tertakluk kepada

Memorandum

and Articles of Association of UPNM Business Centre

Sdn. Bhd.

dan Akta Syarikat 1965.

Dokumen Rujukan:

i. KEW 1B

ii. KEW 9A

iii. KEW 9L

iv. KEW 10J

v. KEW 11A

vi. KEW 27

Penubuhan UPNMBC telah diperakukan oleh Kementerian

Pendidikan Tinggi melalui surat rujukan JPT(G)2000/021/017/011

Jld 2(5) dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

melalui surat rujukan KK/BKP(S)10/72-1 Jld 3 sk.10/2009(4).

UPNMBC melaporkan aktiviti dan prestasi kewangan syarikat

dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah UPNMBC dan Mesyuarat

LPU pada setiap kali mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Lembaga Pengarah UPNMBC Bil. 1/2015 telah

meluluskan Pelan Strategi Perniagaan Syarikat Untuk Tempoh

Lima Tahun mulai 2016 hingga 2020.