

97
Sepanjang penubuhan Universiti, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah
memberikan perkhidmatan pada aras tinggi terhadap semua pegawai sedang
berkhidmat di UPNM apabila segala masalah dan isu dapat diselesaikan secara rutin
dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia membuktikan kejayaan apabila aspek pengurusan yang cekap telah
dikekalkan seterusnya dipertingkatkan bermula daripada skala bilangan pegawai
sedang berkhidmat yang kecil pada tahun 2006 sehingga skala bilangan yang lebih
besar pada tahun 2015. Kecekapan dan keberkesanan ini diukur daripada aspek
pengurusan buku perkhidmatan, gaji, pembangunan kerjaya dan prestasi kerja
pegawai dari semasa ke semasa. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah
berjaya memastikan komponen tersebut dikemas kini dan sebarang masalah dapat
diselesaikan walaupun jumlah pegawai semakin bertambah melalui tahap
kecekapan pengurusan yang tinggi.