

93
5.2 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Dari tahun 2008 sehingga 2014, UPNM telah berjaya mendapat geran untuk 162
projek penyelidikan berjumlah lebih daripada RM23 juta. Pecahan peruntukan
adalah seperti berikut;
Jadual 11: Pecahan Peruntukan Projek Penyelidikan
Bil.
Pemberi Dana
Bilangan
Projek
Jumlah Dana (RM)
i.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia
139
21,169,266.00
ii.
MOSTI
8
1,904,500.00
iii. YAPEIM
1
20, 000.00
iv. Geran Jangka Pendek UPNM
14
144,960.00
JUMLAH KESELURUHAN
162
23,238,726.00
Sumber: Pusat Pengajian Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UPNM (2015)
Di samping menjalankan penyelidikan, UPNM amat menggalakkan staf akademik
untuk menghasilkan penerbitan makalah jurnal, buku dan lain-lain penerbitan.
Sehingga tahun 2014, UPNM telah menghasilkan 537 penerbitan dalam SCOPUS/
WOS/ ERA, 880 sitasi dan lima (5) buku penyelidikan.
Pencapaian lain berkaitan dengan kemampuan universiti adalah menguruskan harta
intelek. UPNM dapat memfailkan sembilan (9) paten, satu (1) inovasi utiliti dan lapan
(8) hakcipta yang telah difailkan di MyIPO.