

95
terbaru dan
best practices
dalam industri pertahanan untuk dijadikan bahan
pengetahuan dan juga sebagai
platform
untuk membuat kajian-kajian terperinci
dalam bidang-bidang berkenaan. Program
Train the Trainer
juga telah diadakan
sebanyak tiga (3) siri untuk mempertingkatkan konsep terbaik dalam pembelajaran
dan pengajaran untuk semua pensyarah dan staf UPNM.
CLPD juga bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA)
dan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dalam merancang dan melaksana
program-program kepimpinan pelajar UPNM demi menuju dimensi yang lebih
gemilang dengan mengadakan seminar dan
workshop
dibawah Program Mobiliti
Pelajar (
inbound
dan
outbound
). Sehingga tahun 2014, sebanyak dua (2) program
inbound
dengan penglibatan seramai 74 Pegawai Kadet dari
Chulachomkla Royal
Military Academy (CRMA), Royal Military Thailand
. Seterusnya, enam (6) program
outbound
dengan penglibatan seramai 60 orang pelajar (Pegawai Kadet dan Pelajar
Awam) ke negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, China dan
Australia.
5.4 PEMBANGUNAN FIZIKAL
Bajet Pembangunan Fizikal di Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP),
terbahagi kepada Pembelanjaan Pembangunan (DE) dan Pembelanjaan Mengurus
(OE). Untuk projek DE pelaksanaan projek berdasarkan kepada
Rolling Plan
Rancangan Malaysia ke10 (RMk-10) dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMk-11) yang
diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMk-10)
Rolling Plan
2014 dan 2015 UPNM
telah diberi kelulusan untuk melaksanakan tujuh (7) projek pembangunan berjumlah
RM108.5 Juta. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMk-11) UPNM telah membuat
permohonan sebanyak RM 351 Juta bagi 12 projek untuk diluluskan oleh Unit
Perancangan Ekonomi (EPU). Bagi bajet penyelenggaraan Jabatan Pembangunan
dan Penyelenggaraan (JPP) melakukan kerja-kerja selenggara berkala,
perkhidmatan, pencucian berkala dan lain-lain kerja yang berkaitan berjumlah RM
10.9 juta setahun.