

94
5.3 PERKHIDMATAN PROFESIONAL
UPNM Business Centre Sdn. Bhd
. (UPNMBC) merupakan anak syarikat Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bertindak sebagai entiti komersial
dalam membantu menjana kewangan tambahan kepada universiti khususnya dalam
menjalankan aktiviti perniagaan. UPNMBC komited dalam menyediakan
perkhidmatan profesional melalui pelaksanaan program-program eksekutif, program-
program akademik, program-program pembangunan profesional dan perundingan,
latihan-latihan kemahiran dan kepimpinan, pengkomersilan aktiviti-aktiviti R&D serta
melibatkan projek-projek khas dengan Industri Pertahanan Negara. Sepanjang tahun
2011 hingga 2014, UPNMBC dengan kerjasama Institut Pengajian Eksekutif (NIEEd)
telah menjalankan sebanyak 32 program eksekutif, akademik, profesional, dan
latihan kepimpinan yang menjana pendapatan (pendapatan kasar) berjumlah
RM3,809,874.76. Manakala bagi aktiviti perundingan, sebanyak dua (2) projek
berjumlah RM237,767.53 telah dilaksanakan sepanjang tahun 2013 hingga 2014.
Selain itu, satu (1) produk R&D dalam proses pengkormesialan iaitu peruntukan
daripada dua (2) agensi berjumlah RM40,000 telah diterima bagi tempoh 2013
hingga 2014. Manakala terdapat dua (2) lagi produk R&D dalam proses untuk
dikomersialkan.
Penyediaan perkhidmatan profesional ini juga dijalankan oleh Pusat Kepimpinan dan
Pembangunan Profesional (CLPD). CLPD telah melaksanakan pelbagai aktiviti
merangkumi aspek kepimpinan seperti kursus-kursus kepimpinan dan modul-modul
pembangunan profesional. Aktiviti ini bukan sahaja disediakan untuk pembangunan
sumber manusia dan organisasi dalam bidang akademik, latihan ketenteraan dan
isu-isu pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar, para akademia, para pentadbir
dan pegawai tentera di UPNM dan ATM, malahan kepada pelajar, staf dan pegawai
di lain-lain Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Agensi-Agensi
Keselamatan yang lain. Sejak CLPD ditubuhkan, hampir 30 program telah diadakan
seperti
Executive Series
(Syarahan Umum), Seminar Kepimpinan, Program
Kepimpinan dan
Train the Trainer
. Bagi tahun 2014, sebanyak lima (5)
Executive
Series
telah diadakan menerusi pakar-pakar dalam bidang keselamatan dan
pertahanan, teknologi pertahanan dan strategik dalam dan luar negara yang
dijemput untuk memberi syarahan dan pandangan mengenai perkara-perkara