

99
BAHAGIAN B: AMALAN TERBAIK DALAM URUS TADBIR
UNIVERSITI
1.0 AUTONOMI TADBIR URUS INSTITUSI (GOVERNAN)
UPNM komited dalam menetapkan fokus dan matlamat untuk menjadi sumber
rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang mana
merangkumi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan,
pembangunan pelajar, aktiviti jaringan komuniti dan perkhidmatan professional.
Dalam mencapai fokus dan matlamat yang telah ditetapkan, UPNM sentiasa
berpegang teguh kepada prinsip
good governance
dalam aspek pengurusan dan
pentadbiran agar sentiasa menepati kualiti yang telah digariskan.
Sebagai salah sebuah Universiti Awam (UA) di Malaysia, UPNM diterajui oleh
barisan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang mempunyai peranan besar dalam
menentukan hala tuju universiti supaya selaras dengan fokus dan matlamat
universiti yang telah ditetapkan. Keupayaan LPU untuk merancang dan merencana
pembangunan universiti secara strategik, realistik dan holistik (
Syumul
) dalam
segala aspek membolehkan universiti dibangunkan dengan tersusun dalam setiap
bidang.
1.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
(LPU)
1.1.1 Membimbing dan Menjadi Pemilik Hala Tuju Strategik
1.1.1.1 LPU Membekal Maklumat dan Menjelaskan Hala Tuju dan Aspirasi Universiti
Lembaga Pengarah Universiti (LPU) merupakan Badan
Eksekutif UPNM yang dilantik oleh Menteri menurut
Perlembagaan UPNM [P.U. (A) 474/2010]. Keahlian LPU
dilantik bagi suatu tempoh yang ditetapkan dan LPU
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, memberi
pandangan serta membantu dalam tadbir urus mengenai
dasar dan fungsi Universiti berdasarkan kawalan dan nasihat
Menteri.
Rujuk G1:
Seksyen 20,
Perlembagaan
UPNM
(m.s. 7574)
Rujuk
G2:
Minit
Mesyuarat
LPU Bil.
1/2007 - Minit 3.0 -
Terma Rujukan Lembaga
Pengarah Universiti