Background Image
Previous Page  133 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 133 / 298 Next Page
Page Background

96

5.5 PENGURUSAN SUMBER

UPNM telah ditubuhkan pada 10 November 2006 bagi mengeluarkan graduan

tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Program akademik yang

ditawarkan di UPNM adalah setanding dengan UA luar dan dalam negara. Program

ini dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi

bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk

hands on

. Pengetahuan

yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal

tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera

Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian

yang berteraskan sains dan teknologi terkini. Manakala, Jabatan Pendaftar telah

diwujudkan sejak UPNM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan

sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan dan keselamatan Universiti.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UPNM berperanan

dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada semua staf. Sebagai

nadi utama dalam pengurusan dan pentadbiran sumber manusia UPNM, Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia telah menubuhkan dua (2) unit iaitu Unit Pelantikan

dan Pengambilan (UPP) dan Unit Perkhidmatan dan Pembangunan Kerjaya (UPPK)

sebagai tunjang utamanya. Penubuhan unit-unit ini akan membantu Universiti

mengekalkan prestasi yang lebih berkualiti dan efisien serta dapat memberi

perkhidmatan dan khidmat nasihat kepada seluruh warga Universiti.

Pelbagai kejayaan yang telah dicapai dan boleh dibanggakan apabila Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia membantu Universiti mencapai

Key Performance

Indicator

(KPI) dan hal ini sekali gus mengangkat kualiti Universiti setaraf dengan

Universiti Awam (UA) yang telah lama ditubuhkan. Pemilihan, pengambilan dan

pelantikan kakitangan baharu yang berdedikasi dapat meningkatkan lagi kredibiliti

Universiti. Impak daripada ini juga dapat dilihat apabila aspek Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) dapat dipertingkatkan dengan memberi nilai tambah kepada

kualiti dan kuantiti staf akademik.