

90
Jadual 6 : Jumlah Pelajar yang Telah Mendapat Tali Pinggang Hitam pada
Tahun 2013 dan 2014
Bil.
Tahun
Jumlah
(Black Belt)
i.
2013
274
ii.
2014
266
Sumber: Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM (2015)
5. Pemimpin Spiritual (Imam)
Ciri ke-5 adalah graduan UPNM perlu memiliki kemahiran untuk menjadi seorang
pemimpin spiritual. Setiap Pegawai Kadet diwajibkan untuk lulus ujian
Fardhu „Ain
dan
Fardhu Kifayah
yang dikendalikan oleh Pusat Islam. Mereka dilatih untuk
menyampaikan khutbah Jumaat mengikut giliran masing-masing. Mereka juga
didedahkan dengan pengetahuan untuk menguruskan jenazah, menghafal al-Qur‟an
dan perlu menghadiri ceramah agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam. Pendidikan
ilmu keagamaan dan iman yang jitu adalah merupakan satu panduan diri dan
anggota yang dipimpin apabila berhadapan dengan cabaran. Bagi Pegawai Kadet
dan pelajar awam yang bukan Islam, mereka diberi kebebasan untuk menghadiri
dan mendalami ilmu dan amalan agama pilihan masing-masing.
6. Pegawai Budiman (Officers and Gentlemen/ Lady)
Ciri ke-6 adalah Pegawai Kadet dan pelajar awam yang dikeluarkan menjadi
Pegawai Budiman (Officers and Gentlemen/ Lady). Graduan UPNM seorang yang
memiliki sifat berani kerana benar, berani membuat keputusan, jujur, pemurah,
berfikiran positif, berfikiran kreatif dan inovatif, seorang
observer
, perwatakan baik,
bijak berkomunikasi, berupaya memberikan nasihat dan motivasi. Sejak dari tarikh
pelajar melapor diri, mereka melalui proses transformasi diri dari seorang remaja
kepada seorang dewasa. Seterusnya, merubah mereka dari seorang awam kepada
seorang tentera. Sepanjang tempoh mereka berada di UPNM, mereka dilatih dan
dibentuk sehingga menjadi seorang lelaki dan wanita yang budiman.
Adalah jelas program akademik yang ditawarkan di fakulti-fakulti dan pusat-pusat
adalah setanding dengan universiti dalam dan luar negara. Program-program yang
ditawarkan oleh UPNM menarik minat bakal pelajar kerana ia bercirikan pengajian
dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang