Previous Page  69 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 69 / 140 Next Page
Page Background

68

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

penyelidikan dan inovasi

PAMERAN BIOMALAYSIA DAN ASIA PACIFIK

BIOEKONOMI 2016

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia

(BiotechCorp) telah berbangga kerana Malaysia

telah menjadi tuan rumah bagi Pameran

BioMalaysia dan Asia Pasifik Bioekonomi 2016.

BioMalaysia dan Asia Pasifik Bioekonomi telah

mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu

acara utama bagi profesional industri. Selama

bertahun-tahun, acara ini terus meningkatkan

nilainya sebagai platform untuk kelahiran idea-idea

baharu, penyelesaian yang praktikal dan kerjasama

efektif untuk peserta industri bioteknologi secara

global dan juga Malaysia.

Malaysia, sebagai salah sebuah hab bioteknologi

paling berdaya saing di rantau Asia Pasifik, juga

mengiktiraf kepentingan Bioekonomi, dan telah

mengambil langkah-langkah awal yang kritikal

dalam menyelaras dan menggiatkan usaha negara

untuk memanfaatkan potensi Bioekonomi menerusi

pelaksanaan Program Transformasi Bioekonomi

(BTP). BioMalaysia dan Asia Pasifik Bioekonomi

akan mempamerkan teknologi terkini, inovasi dan

produk daripada syarikat bioteknologi tempatan,

serantau dan antarabangsa. UPNM telah mendapat

tempat dalam mempamerkan produk penyelidikan

yang telah diadakan pada 31 Mei hingga 2 Jun

2016. Antara penyelidikan yang telah dipamerkan

oleh penyelidik UPNM adalah seperti di Jadual 40.

Jadual 40: Senarai Nama Produk yang dipamerkan di Pameran BioMalaysia dan Asia Pasifik Bioekonomi 2016

Jadual 41: Senarai Penerima Anugerah iENA 2016

Nama Produk

Sustainable Urban

Neighbourhood Planning

and Design Tool

D-PEPS (Design

Photobiological Energy

Production System)

Natural Concrete Retarder

Nama Penyelidik

Mej Dr. Vikneswaran a/l Munikanan

Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon

Encik Muhamad Azani bin Yahya

Bil.

1.

2.

3.

Ringkasan Produk

The SNB model software can enhance the current

implementation to be more transparent as it can

indicate the real time examples especially on green

space elements in the neighbourhood.

The present invention consist of a bioreactor that can

increase algae proliferation and hydrogen production

for application.

In construction industry, concrete will hardened in

2 hours. Therefore, concrete need to be mixed with

refarder. This product promoted sugarcane bagasse

as natural concrete retarder.

PAMERAN INTERNATIONAL TRADE FAIR IDEAS INVENTIONS NEW PRODUCTS (iENA) 2016

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) julung kalinya telah menyertai pameran di peringkat

antarabangsa iaitu International Trade Fair Ideas Inventions New Products (iENA) 2016 pada 27 hingga

30 Oktober 2016 bertempat di Nuremberg, Jerman. Sebanyak 11 produk penyelidikan daripada enam

orang penyelidik UPNM telah terpilih untuk menyertai pameran tersebut. iENA 2016 merupakan pameran

ciptaan, inovasi dan teknologi di Nuremberg, Jerman. PamerIan antarabangsa yang telah diadakan

ini dapat memberi ruang dan peluang bagi para pencipta dan pelabur berbincang dan berkongsi

pengetahuan serta maklumat tentang perkembangan terbaru dan kemajuan teknologi dalam meneroka

peluang-peluang perniagaan yang baharu. Hasil daripada penyertaan ini, UPNM telah membawa pulang

tiga anugerah emas, satu anugerah perak dan empat anugerah gangsa. Senarai penerima anugerah ialah

seperti di Jadual 41.

Nama Produk

Sustainable Urban

Neighbourhood Elements

Planning and Design Tool

Nama Penyelidik

Mej Dr. Vikneswaran a/l Munikanan

Bil.

1.

Ringkasan Produk

• Enhance the current implementation to be more

transparent.

• Indicate the real time examples especially on

green space elements in the neighbourhood.

• Provides a cumulative qualitative importance of

the sustainability status.

• Indicates Neighbourhood’s Sustainability Status.

Penerima Anugerah

Special Award