

74
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
penyelidikan dan inovasi
Bengkel/Seminar Penyelidikan
Bagi meningkatkan jumlah penyelidik di UPNM, beberapa Bengkel Penulisan Geran Penyelidikan telah
diadakan dengan objektif membantu peserta menyediakan kertas cadangan geran penyelidikan yang
berkualiti dan mantap selain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dasar baru yang
berkaitan dengan geran KPT. Bengkel-Bengkel yang telah diadakan seperti di Jadual 43.
Jadual 43: Bengkel-Bengkel Anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Tarikh
19 Januari 2016
11 Ogos 2016
11 Ogos 2016
23 - 24 Ogos 2016
3 September 2016
30 September 2016
11 Oktober 2016
18 Oktober 2016
Nama Bengkel
Meeting of The Minds Bersama Timbalan Naib
Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Hari Bersama Pelanggan, Pusat Pengurusan
Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI)
Taklimat sistem MyREN 3 dan taklimat
Technology and Innovation Support Centre
(TISC) oleh Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO)
Bengkel Pemurnian Kertas Cadangan 2016
Lawatan Dr. Tetsuji Yamaoka, Pengarah,
National Cerebral and Cardiovascular Center
for Research Institute (NCVC) dari Osaka,
Jepun
Program Syarahan Jemputan ‘How To Do
Research: Fundamental and Applied’
Kolokium Niche Research Grant Scheme
(NRGS) 2016
Seminar Chemical and Biological Defence
(CBDS) 2016
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Tujuan
Tujuan Meeting of The Minds ini diadakan adalah untuk
membudayasertamenggalakkanparapensyarahUPNM
dalam mendapatkan geran-geran penyelidikan yang
terbaik dan berkualiti serta pencerahan dan penerangan
secara menyeluruh berhubung penyelidikan.
Hari Bersama Pelanggan bersama para penyelidik
dan pensyarah UPNM.
Memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan
yang ditawarkan kepada para pensyarah, pegawai
penyelidik, pembantu penyelidik dan pembantu
penyelidik siswazah.
Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan teknik
dan memperbaiki kertas cadangan seterusnya
menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti dalam
kalangan staf akademik di UPNM.
Pengarah National Cerebral and Cardiovascular
Center for Research Institute (NCVC) dari Osaka,
Jepun telah meluangkan masa melawat PPPI dan
seterusnya memberikan taklimat berhubung High
Pressure Engineering For Tissue Regeneration.
memberi pendedahan dan memantapkan bidang
penyelidikan kepada semua staf akademik dan
pelajar siswazah UPNM berkaitan penyelidikan yang
akan dijalankan.
memantau prestasi projek-projek penyelidikan yang
sedang berjalan dan menentukan hala tuju alam
menepati inspirasi Universiti. Di samping itu juga dapat
berkongsi pengetahuan berkaitan aktiviti penyelidikan
UPNM dalam bidang Future Soldier System / Network
Centric Operation serta menggalakkan perkongsian
ilmu berkaitan penyelidikan dan pembangunan dalam
kalangan penyelidik.
Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan
awal dan kesedaran tentang isu-isu berkaitan agen
senjata kimia dan biologi serta membincangkan
strategi pertahanan dan berkongsi maklumat tentang
Chemical Weapons Convention (CWC) kepada semua
staf dan pelajar. Dalam pada itu, pihak penganjur juga
telah berbesar hati dapat menjemput Pertahanan
Nuklear Biologi Kimia (PNBK), Markas 3 Divisyen, Kem
Terendak, Melaka bagi melakukan Demonstrasi CBDS.