Previous Page  256 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 256 / 449 Next Page
Page Background

135

1.1.8

Meluluskan Dasar dan Perancangan Kewangan Universiti

1.1.8.1 LPU Meluluskan Dasar Dan Perancangan Kewangan Universiti

Bagi mengatur dan mengawal kewangan UPNM, LPU telah

menubuhkan suatu Jawatankuasa Tetap Kewangan seperti yang

dikehendaki oleh Perlembagaan UPNM.

Pada masa kini, Jawatankuasa Tetap Kewangan UPNM

dipengerusikan oleh Ahli LPU yang merupakan wakil Kementerian

Kewangan Malaysia dan telah dilantik oleh mesyuarat LPU. Ahli-

ahli yang lain terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib

Canselor dan Pendaftar.

Selain bertanggungjawab untuk mengatur dan mengawal

kewangan UPNM, Jawatankuasa ini juga berperanan untuk

mengemukakan dan memperakukan Anggaran Belanjawan

Tahunan Universiti untuk pertimbangan LPU, mengadakan dan

membuat peraturan-peraturan berkenaan tatacara kewangan dan

perakaunan universiti, memperakukan dasar kewangan dan

perakaunan universiti serta memperakukan penubuhan Lembaga

Perolehan, Jawatankuasa Pelaburan dan jawatankuasa-

jawatankuasa lain yang difikirkan perlu untuk pertimbangan dan

kelulusan LPU.

LPU juga berperanan mendorong universiti mempelbagaikan

punca pendapatan untuk menyokong kemampanan universiti di

samping mengekalkan bidang tujahan. Selaras dengan itu,

universiti telah menerima sumbangan berjumlah RM3,000,000.00

daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi

mewujudkan Kursi Kepimpinan UPNM.

LPU juga memfokuskan kepada faktor penjimatan kewangan

dengan meluluskan pelan penjimatan Universiti.

Rujuk G 83:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

1/2007 – Minit 5.0 -

Penubuhan

Jawatankuasa

Universiti

(Jawatankuasa

Tetap Kewangan)

Rujuk G 84:

Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa Eksekutif Naib

Canselor (EXCO) Bil. 3/2013

– Minit 19.0 – Kertas

Cadangan

bagi

Menguatkuasakan

Garis

Panduan Kewangan Jabatan

Bendahari untuk Diguna

Pakai dan Diedarkan ke Pusat

Tanggungjawab

Rujuk G 85:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

1/2014 – Minit 4.2 – Kertas

Cadangan

bagi

Menguatkuasakan

dan

Mengguna

Pakai

Garis

Panduan

Pengurusan

Kewangan UPNM

Rujuk G 86:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

2/2015 – Minit 5.10 –

Cadangan Garis Panduan

Pelaburan untuk UA Tahun