Previous Page  255 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 255 / 449 Next Page
Page Background

134

pihak-pihak berkepentingan dalam setiap proses pengurusan

risiko melalui sesi perbincangan, taklimat, seminar dan lain-lain.

LPU telah meluluskan Dasar Pengurusan Risiko UPNM

berdasarkan piawaian antarabangsa ISO 31000:2009

(Risk

Management - Principles and Guidelines)

sebagai asas

pengurusan risiko universiti.

Universiti juga telah menyenaraikan bahagian-bahagian risiko

mengikut prosedur yang diwujudkan di FBJB masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan rintis pengurusan risiko

bermula di Jabatan Bendahari. Hal ini selaras dengan hasrat

LPU yang sentiasa memberikan perhatian dan penekanan

kepada pengurusan risiko terutamanya dalam hal-hal

kewangan.

Pengerusi LPU juga menitikberatkan pengurusan risiko dalam

setiap operasi universiti. Setiap keputusan yang diambil perlu

berlandaskan kepada analisis risiko yang telah dilakukan. Pada

peringkat permulaan LPU telah bersetuju untuk menjemput

pegawai risiko (

Risk Officer

) Lembaga Tabung Angkatan

Tentera (LTAT) atau wakilnya ke mesyuarat pengurusan risiko

Universiti.

Dalam memastikan pengurusan risiko berkesan, pelaporan

risiko dijadikan suatu agenda tetap yang dibincangkan dalam

setiap Mesyuarat LPU.

Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa Risiko Bil.

1/2016

Rujuk G 78:

Polisi Pengurusan Risiko

UPNM

Rujuk G 79:

Senarai Pengurusan Risiko

Kumpulan Bengkel Semakan

Dokumen Fasa 2

Rujuk G 80:

Profail Risiko Kewangan dan

Minit Mesyuarat LPU Bil.

4/2017 – Minit 5.2.7

Rujuk G 81:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

2/2015 – Minit 4.1.2.22 –

Pembangunan

Rujuk G 82:

Laporan Pengurusan Risiko

yang Dibentangkan dalam

Mesyuarat LPU 2016 dan

2017