

133
1.1.6.4 Universiti Bersedia Jika Diberi Tanggungjawab Ini
Berdasarkan perancangan strategik dan pencapaian yang
diperoleh oleh universiti dalam bidang akademik, penyelidikan dan
penciptaan, universiti telah bersedia untuk menerima
tanggungjawab autonomi ini.
Dalam menyediakan diri untuk memikul tanggungjawab ini,
universiti telah melakukan persediaan dengan mewujudkan
jawatankuasa kerja bagi setiap komponen demi memastikan
setiap bahagian utama seperti tadbir urus, sumber manusia,
akademik dan kewangan diberikan tumpuan secara menyeluruh.
Rujuk G 24.
Rujuk G 74:
Dokumen
Berkaitan
Persediaan
Menghadapi
Audit Autonomi UPNM,
2017/2018
1.1.7
Membuat Keputusan Berdasarkan Pertimbangan Analisis Risiko
1.1.7.1 LPU Mempunyai Dasar Pengurusan Risiko
Demi merealisasikan amalan pengurusan risiko, LPU telah
meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Risiko pada
27 Februari 2015. Jawatankuasa Pengurusan Risiko dianggotai
oleh Naib Canselor sebagai Pengerusi, semua Timbalan/
Penolong Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua
Pustakawan dan Pengarah Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan.
Jawatankuasa Pengurusan Risiko berperanan menilai,
mengukur, menganalisis, mengklasifikasi, mengenal pasti,
mengurus dan memantau pengurusan risiko yang berkaitan.
Selain itu, jawatankuasa juga berperanan menentukan strategi
dan tadbir urus bagi memastikan pelaksanaan pengurusan
risiko yang menyeluruh, bersepadu dan berkesan secara
berterusan merentasi seluruh entiti dan Fakulti/ Pusat/ Jabatan/
Bahagian (FPJB). Selain itu, ia juga bertanggungjawab dalam
menyusun strategi serta tindakan yang berkesan dalam
mengurangkan kesan risiko yang boleh menjejaskan
pencapaian matlamat UPNM dan melakukan rundingan dengan
Rujuk G 75:
Minit Mesyuarat LPU Bil.
1/2015 – Minit 5.3 –
Penubuhan
Jawatankuasa
Risiko
Rujuk G 76:
Minit Mesyuarat LPU Bil.
2/2015 – Minit 5.14 –
Penubuhan
Jawatankuasa
Pengurusan Risiko (Terma
Rujukan)
(Kertas
Kerja
Penubuhan
Jawatankuasa
Pengurusan Risiko)
Rujuk G 77: