

141
1.1.10 Mengekalkan Suasana Kerjasama dengan Pengurusan Universiti dan Senat
1.1.10.1 LPU Memastikan Aktiviti Akademik dan Penyelidikan Universiti Selaras Dengan
Visi dan Misi Strategik
Peranan dan bidang kuasa LPU, Pengurusan Universiti dan Senat
telah dinyatakan dengan jelas dalam Bahagian III, Perlembagaan
UPNM.
Secara dasarnya, Senat akan menjalankan tanggungjawabnya
sebagai badan akademik dan penyelidikan di UPNM. Pengurusan
Universiti berperanan melaporkan aktiviti dan hal ehwal akademik
dan penyelidikan yang dibangunkan oleh Senat kepada LPU bagi
memastikan pencapaian akademik dan penyelidikan di UPNM
adalah sejajar dengan visi, misi dan Pelan Strategik universiti ini.
Aktiviti dan hal ehwal akademik yang dibentangkan dalam
Mesyuarat LPU adalah seperti berikut:
Penubuhan fakulti/ pusat/ program pengajian baharu.
Keputusan/ dasar/ polisi/ peraturan berkaitan akademik yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Senat.
Perkara berkaitan akademik/ penyelidikan yang melibatkan
implikasi kewangan untuk pertimbangan dan kelulusan LPU.
Rujuk G 115:
Seksyen 17 dan 22
Perlembagaan UPNM (m.s.
7572 dan 7575)
Rujuk G 116:
Minit Mesyuarat LPU Bil.
3/2017 – Minit 6.1.3
Laporan Minit Mesyuarat
Senat
1.1.10.2 LPU Mempertimbangkan Implikasi Kewangan Dalam Melaksanakan Program
Akademik Baharu yang Diperakukan Senat
Setiap permohonan untuk mengadakan program akademik baharu
diteliti oleh LPU bagi melihat implikasi kewangan seperti sumber
manusia dan prasarana.
Rujuk G 117:
Minit Mesyuarat LPU Bil.
2/2015 – Minit 6.5 –
Laporan Minit Mesyuarat
Senat Kali ke-46 Bil. 2