Previous Page  268 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 268 / 449 Next Page
Page Background

147

berlakunya

conflict of interest

dan mengakibatkan keputusan yang

diambil boleh dipersoalkan pada masa hadapan.

Di samping itu, ahli LPU juga bertanggungjawab untuk

merahsiakan segala perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat

untuk mengelakkan ketirisan maklumat bagi perkara yang

dibincangkan dalam Mesyuarat LPU. Semua ahli LPU dan ahli

Ex-

Officio

dikehendaki menandatangani Surat Pengisytiharan

Kepentingan Peribadi.

Rujuk G 139:

Surat

Pengisytiharan

Kepentingan Peribadi yang

ditandatangani oleh Ahli-ahli

LPU

1.1.12.2

LPU Mempunyai Dasar Penilaian untuk Menilai Keberkesanannya

Dalam menjalankan fungsi dan kuasanya, LPU mengambil maklum

bahawa tatakelakuan setiap staf universiti tertakluk kepada Akta

Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

Oleh itu, LPU sentiasa memastikan setiap tindakan berkaitan etika

dan integriti dilaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan

UPNM dan Akta 605.

Demi mengukuhkan etika dan integriti staf universiti, setiap staf

UPNM diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji ketika melapor

diri bertugas. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran

betapa pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur,

bertanggungjawab, dedikasi dan profesional.

LPU juga mengambil maklum bahawa Pengurusan Universiti telah

menubuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) untuk membincangkan

isu, permasalahan dan kebajikan staf serta mencari jalan

penyelesaian terbaik.

MBJ dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dan kaedah ini juga

merupakan usaha ke arah mengukuhkan etika dan integriti selaras

dengan hala tuju universiti.

Rujuk G 140:

Peraturan

9,

Jadual

Kedua,

Peraturan-

Peraturan

Tatatertib

Badan-Badan Berkanun,

Akta

Badan-Badan

Berkanun (Tatatertib dan

Surcaj) 2000 (Akta 605)

(m.s. 24)

Rujuk G 141:

Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 17 Tahun 2001

(Penguatkuasaan Surat

Aku Janji untuk Pegawai

Awam)

Rujuk G 142:

Perlembagaan

Majlis

Bersama Jabatan bagi

UPNM