Previous Page  265 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 265 / 449 Next Page
Page Background

144

1.1.11

Mengendalikan Mesyuarat yang Efektif

1.1.11.1 LPU Mengikut Jadual Mesyuarat yang Ditetapkan

Universiti sentiasa berusaha memastikan Mesyuarat LPU

diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Sekiranya

terdapat agenda atau perkara yang memerlukan keputusan LPU

dengan segera, maka Mesyuarat Khas LPU akan diadakan.

Ketetapan mesyuarat ini telah dinyatakan dalam takwim yang

disediakan oleh pihak Universiti. Takwim tersebut digunakan

sebagai panduan dalam menentukan tarikh dan waktu Mesyuarat

LPU pada setiap tahun. Ini bertujuan untuk memastikan setiap ahli

LPU mempunyai maklumat berkenaan jadual mesyuarat sebagai

salah satu langkah persediaan awal untuk memastikan mesyuarat

dijalankan dengan teratur dan berkesan.

LPU menggalakkan universiti menggunapakai sistem e-mesyuarat

bagi memudahkan ahli LPU mengakses dokumen berkaitan

mesyuarat.

Rujuk G 126:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

4/2017 – Minit 7.2 – Takwim

Mesyuarat LPU 2018

Rujuk G 127:

Paparan Skrin dan Manual

Pengguna

Sistem

e-

Mesyuarat dan Manual

1.1.11.2 LPU Menggunakan Peruntukan untuk Mesyuarat-Mesyuarat Khas

Perbincangan perkara yang memerlukan kelulusan daripada LPU

dalam kadar yang segera dibuat secara edaran kepada semua ahli

LPU.

Rujuk G 128:

Kelulusan Secara Edaran –

Surat Kelulusan Melalui

Edaran

Bertarikh

16

Oktober 2014

1.1.11.3 Pengerusi Berbincang dengan Naib Canselor dan Setiausaha dalam Menyediakan

Agenda Mesyuarat

Setiap kali sebelum Mesyuarat LPU diadakan, agenda dan kertas

kerja LPU dibentangkan kepada Pengerusi LPU dan Naib

Canselor sebagai persediaan awal, mendapatkan pandangan,

ulasan dan penambahbaikan demi memastikan mesyuarat dapat

dijalankan dengan lancar.

Rujuk G 129:

Jadual Tahun 2017: Sesi

Briefing

Pengerusi LPU

Berkaitan

Agenda

Mesyuarat LPU