Previous Page  239 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 239 / 449 Next Page
Page Background

118

1.0 AUTONOMI GOVERNAN INSTITUSI

UPNM komited dalam menetapkan fokus dan matlamat untuk menjadi sumber rujukan

berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang merangkumi aspek akademik,

penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan, pembangunan pelajar, aktiviti jaringan komuniti

dan perkhidmatan profesional. Demi mencapai fokus dan matlamat yang telah ditetapkan,

UPNM sentiasa berpegang teguh kepada prinsip tadbir urus terbaik dalam aspek pengurusan

dan pentadbiran agar sentiasa menepati kualiti yang telah digariskan.

Sebagai salah sebuah UA di Malaysia, UPNM diterajui oleh barisan LPU yang mempunyai

peranan besar dalam menentukan hala tuju universiti supaya selaras dengan fokus dan

matlamat universiti yang telah ditetapkan. Keupayaan LPU untuk merancang dan merencana

pembangunan universiti secara strategik, realistik dan holistik (Syumul) dalam segala aspek

membolehkan universiti dibangunkan dengan tersusun dalam setiap bidang.

1.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LPU

1.1.1 Membimbing dan Menjadi Pemilik Hala Tuju Strategik

1.1.1.1 LPU Membekal Maklumat dan Menjelaskan Hala Tuju dan Aspirasi Universiti

LPU merupakan Badan Eksekutif UPNM yang dilantik oleh Menteri

menurut Perlembagaan UPNM [P.U. (A) 474/2010]. Keahlian LPU

dilantik bagi tempoh tertentu yang ditetapkan dan LPU mempunyai

kuasa untuk membuat keputusan, memberi pandangan serta

membantu dalam tadbir urus tentang dasar dan fungsi universiti

berdasarkan kawalan dan nasihat menteri.

Fungsi dan kuasa LPU telah dinyatakan secara jelas dalam

Perlembagaan UPNM. Fungsi utama LPU adalah untuk memandu

dan memastikan hala tuju universiti selari dengan tujuan

penubuhannya dan membincangkan serta memutuskan dasar dan

polisi penggubalan UPNM selaras dengan undang-undang yang

berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Bidang kuasa LPU merangkumi Kuasa Eksekutif iaitu melibatkan

keputusan terhadap hal-hal bersangkutan akademik iaitu

kemasukan dan pengambilan pelajar, penyelidikan, hal ehwal

Rujuk G 1:

Seksyen 20, Perlembagaan

UPNM (m.s. 7574)

Rujuk G 2:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

1/2007 - Minit 3.0 - Terma

Rujukan

Lembaga

Pengarah Universiti

Rujuk G 3:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

2/2017 - Minit 4.0 -

Pembentangan

Perkara

Daripada Naib Canselor

Rujuk G 4:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

4/2017 – Minit 5.1.4 dan