

121
Pihak Pengurusan Universiti dari semasa ke semasa akan
melaporkan perkembangan prestasi universiti berpandukan kepada
Pelan Strategik UPNM 2009-2014 dalam Mesyuarat LPU. LPU
akan melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan Pelan
Strategik UPNM bagi memastikan matlamat yang dirancang
tercapai.
LPU bersama-sama Pengurusan Universiti mewujudkan Pelan
Strategik 2016-2025 berdasarkan faktor-faktor berikut:
i)
Pembangunan pelan strategik baharu telah dibuat
memandangkan pelan sedia ada iaitu
NDUM Strategic Plan
(Revised) 2012-2015 telah berakhir; dan
ii)
Pelancaran
Malaysia Education Blueprint
2015-2025 melalui
Rancangan Malaysia Ketujuh oleh Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia (KPT).
Berdasarkan
Malaysia Education Blueprint
2015-2025 tersebut,
universiti telah mengenal pasti enam
Game Changers
dan enam
Strategic Thrusts
untuk dibangunkan dan diselaraskan dalam pelan
strategik universiti terkini agar ia selaras dengan kesemua lonjakan
yang ditetapkan oleh KPT.
Bagi mengukuhkan pelaksanaan hala tuju Universiti berdasarkan
Pelan Strategik Universiti, satu bengkel
Strategic Retreat
telah
diadakan pada 1 Disember 2017 dengan dihadiri oleh Pengerusi
dan ahli-ahli LPU. Bengkel
Retreat
ini juga dihadiri oleh pengurusan
universiti yang terdiri daripada Naib Canselor dan kesemua
Timbalan dan Penolong Naib Canselor serta pegawai-pegawai
kanan universiti.
Rujuk G 17:
Surat Jemputan
Strategic
Retreat
UPNM 2015
Rujuk G 18:
Buku Pelan Strategik 2016-
2025 dan Minit LPU Bil.
2/2016 – Kata-kata Aluan
Pengerusi LPU
Rujuk G 19:
Slaid
Pembentangan
Strategic Retreat
bersama
LPU
pada 1 Disember 2017
Rujuk G 20:
Senarai
Kehadiran
Strategic Retreat
bersama
LPU
pada 1 Disember 2017