

113
Pencapaian lain berkaitan dengan kemampuan universiti adalah menguruskan harta intelek.
UPNM telah mencapai 1 paten
granted
, 26 paten-
filed
, 27 hakcipta, tiga rekaan industri dan
dua utiliti inovasi.
5.3 PERKHIDMATAN PROFESIONAL
UPNM Business Centre Sdn. Bhd. (UPNMBC) yang kini dinaiktaraf kepada UPNM Holdings
Sdn. Bhd. (UPNMHSB) merupakan anak syarikat milik penuh UPNM di mana penubuhannya
bertujuan untuk mewujudkan satu entiti komersial bagi pihak UPNM yang akan membantu
penjanaan pendapatan tambahan kepada UPNM melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti
perniagaan. Sepanjang enam tahun pengwujudannya, UPNMHSB telah memperoleh
keuntungan pada setiap tahun dan berjaya mempunyai pegangan aset berjumlah RM6.6 juta
pada tahun 2016 dan dijangka memperoleh keuntungan sebanyak RM2.5 juta pada tahun
2017. UPNMHSB telah melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan seperti pengurusan fasiliti,
perkhidmatan katering, perniagaan kantin, kedai runcit, kedai buku, perkhidmatan agensi
pelancongan, perniagaan secara trading dan sebagainya termasuk menawarkan
perkhidmatan profesional seperti pelaksanaan program-program akademik, program-program
eksekutif dan pembangunan profesional, perundingan/ konsultansi, latihan-latihan kemahiran
dan kepimpinan serta pengkomersilan aktiviti-aktiviti R&D.
UPNMHSB menjalankan program-program akademik serta program-program eksekutif dan
pembangunan profesional melalui kerjasama dengan UPNM khususnya Institut Pengajian
Eksekutif (NIEEd). Di antara program akademik yang telah dan sedang dijalankan adalah
Program Diploma Eksekutif Pengajian Strategik dan Pertahanan (DEPSP), Diploma
Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP). Selain itu,
UPNMHSB juga melaksanakan beberapa program akademik melalui kerjasama dengan
institusi pendidikan dari luar negara seperti WMG, University of Warwick, United Kingdom dan
ECN, Perancis. Di antara program akademik yang telah dijalankan adalah
Msc in Engineering
Business Management for Defence and Security (MEBM)
dan
Msc in Cybersecurity and
Management
serta beberapa program baharu yang bakal dilaksanakan seperti
MSc in
Engineering (Aeronautic), Msc in Information Security (Eurocom), Msc in Maritime Technology
dan
Master of Technology Management for Defence and Security.
Manakala program
eksekutif dan pembangunan profesional dijalankan oleh UPNMHSB dengan kerjasama Pusat
Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (CLPD), UPNM.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan merangkumi aspek kepimpinan seperti kursus-kursus
kepimpinan dan modul-modul pembangunan profesional. Aktiviti ini bukan sahaja disediakan