Previous Page  230 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 230 / 449 Next Page
Page Background

109

sifat berani kerana benar, berani membuat keputusan, jujur, pemurah, berfikiran positif,

berfikiran kreatif dan inovatif, seorang

observer

, perwatakan baik, bijak berkomunikasi,

berupaya memberikan nasihat dan motivasi. Sejak dari tarikh pelajar melapor diri, mereka

melalui proses transformasi diri dari seorang remaja kepada seorang dewasa. Seterusnya,

proses ini merubah mereka dari seorang awam kepada seorang tentera. Sepanjang tempoh

mereka berada di UPNM, mereka dilatih dan dibentuk sehingga menjadi seorang lelaki dan

wanita yang budiman.

Adalah jelas program akademik yang ditawarkan di fakulti-fakulti dan pusat-pusat adalah

setanding dengan universiti dalam dan luar negara. Program-program yang ditawarkan oleh

UPNM menarik minat bakal pelajar kerana ia bercirikan pengajian dalam bidang pertahanan

dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh boleh diaplikasi kepada

pengurusan pertahanan dan keselamatan negara, di samping dapat diaplikasikan dalam

sektor perindustrian.

5.1.1.2 Pengajaran Peringkat Pasca Siswazah

UPNM juga menitikberatkan Program Sepanjang Hayat menerusi Pusat Pengajian Siswazah

(PPS) yang memainkan peranan penting dalam memastikan program Sarjana dan

Kedoktoran dapat dilaksanakan dengan cemerlang sama ada di peringkat kebangsaan

mahupun antarabangsa. Terdapat 34 program pasca siswazah yang ditawarkan di UPNM

termasuk dua Program Kerja Kursus yang baharu ditawarkan pada 2017.

Jadual 7:

Senarai Program Pasca Siswazah yang Ditawarkan di UPNM

No.

Program

1

Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam)

2

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)

3

Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)

4

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)

5

Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

6

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

7

Sarjana Sains (Sains Komputer)

8

Doktor Falsafah (Sains Komputer)

9

Sarjana Sains (Strategik dan Hubungan Antarabangsa)

10 Doktor Falsafah (Strategik dan Hubungan Antarabangsa)

11 Sarjana Sains (Pengurusan Sumber)