

107
Bil.
Aktiviti
Pencapaian
Peringkat
iv.
Produk
Prof Madya Dr Mohar bin Kassim telah memperoleh
UK
Copyright On Research Product
Account Number
: 1468409
Registration Number
: 284716922
Antarabangsa
v.
Anugerah
Prof Madya Dr Mohar bin Kassim telah memenangi
Anugerah Buku di Anugerah Akademik Cemerlang 2017
UPNM
Sumber: Pusat Sains Kejurulatihan, UPNM (2017)
D. Tali Pinggang Hitam – (Ahli Tempur Tanpa Senjata)
Ciri ke-4 yang perlu dimiliki oleh pelajar UPNM ialah memiliki kemahiran dalam
mempertahankan diri. Dengan adanya latihan intensif Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang
dilaksanakan di UPNM maka pemantapan dari segi keyakinan diri dapat diterapkan dalam
kalangan Pegawai Kadet. Jenis-jenis seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh pelajar
adalah taekwondo dan pencak silat. Latihan ini juga telah membantu pembangunan karakter
dan kepimpinan turut dijadikan teras dalam silibus. Setiap Pegawai Kadet diwajibkan
menjalani latihan TTS sehingga mencapai tali pinggang hitam yang merupakan salah satu
pra-syarat sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.
E. Pemimpin Spiritual (Imam)
Ciri ke-5 adalah graduan UPNM perlu memiliki kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin
spiritual. Setiap Pegawai Kadet diwajibkan untuk lulus ujian Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah
yang dikendalikan oleh Pusat Islam. Mereka dilatih untuk menyampaikan khutbah Jumaat
mengikut giliran masing-masing. Mereka juga didedahkan dengan pengetahuan untuk
menguruskan jenazah, menghafal al-Qur’an dan perlu menghadiri ceramah agama yang
dianjurkan oleh Pusat Islam. Pendidikan ilmu keagamaan dan iman yang jitu adalah
merupakan satu panduan diri dan anggota yang dipimpin apabila berhadapan dengan
cabaran. Bagi Pegawai Kadet dan pelajar awam yang bukan Islam, mereka diberi kebebasan
untuk menghadiri dan mendalami ilmu dan amalan agama pilihan masing-masing.
Aktiviti Pusat Islam (Pencapaian Dalam Pembangunan Sahsiah dan Rohani)
1. Pelaksanaan aktiviti program hari-hari kebesaran Islam:
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPNM
Sambutan Isra’ Mikraj Peringkat UPNM