Previous Page  223 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 223 / 449 Next Page
Page Background

102

5.1.1.2 Pencapaian Pelajar

UPNM juga sedang berusaha untuk memperkukuh dan memperkemaskan strategi dan pelan

tindakan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan graduan holistik yang memiliki ciri-ciri

Intellectual Leaders of Character

sebagai misi utama universiti. Enam ciri telah dikenal pasti

untuk dicapai oleh setiap graduan. Ciri-ciri tersebut adalah:

A. Pegawai Bergraduat (Graduan)

Ciri yang pertama adalah sebagai seorang pegawai bergraduat di mana setiap pegawai kadet

UPNM dan awam berjaya bergraduat. Mereka telah melalui fasa pendidikan akademik yang

sistematik dan mantap. Mereka akan menceburi apa jua bidang sebagai seorang profesional

atau terlatih yang berwibawa dalam sektor swasta mahu pun kerajaan. Statistik graduan

UPNM dari 2011 hingga 2014 diberikan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Statistik Pelajar Bergraduat Dari Tahun 2011 Hingga 2017

Bil. Tahun Kelas Pertama

Kelas Kedua

Tinggi

Kelas Kedua

Rendah

Lulus Jumlah

i. 2011

5

225

176

-

406

ii. 2012

11

196

203

-

410

iii. 2013

10

268

239

-

517

iv. 2014

11

267

193

-

471

v. 2015

17

375

239

-

631

vi. 2016

8

273

282

-

563

vii. 2017

22

277

200

156

655

Sumber: Bahagian Pengurusan Akademik, UPNM (2017)

B. Pegawai Bertauliah

Ciri yang ke-2 adalah sebagai Pegawai Bertauliah iaitu graduan dari UPNM yang ditauliahkan

sebagai Pegawai Tentera oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui fasa

pendidikan akademik dan ketenteraan yang sistematik dan mantap. Manakala pelajar awam

diwajibkan melalui ekosistem ketenteraan sebagai Pegawai PALAPES. Mereka adalah

bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bersumpah setia memberikan komitmen jitu

untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam mengekalkan kedaulatan dan memastikan

kelangsungan kepentingan strategiknya. Senarai Pegawai Kadet dan Pegawai Kadet

PALAPES UPNM yang ditauliahkan pada 2010 - 2017 diberikan dalam Jadual 4.