

100
5.0 PENCAPAIAN UNIVERSITI
5.1
PENCAPAIAN UNIVERSITI
5.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, UPNM komited serta fokus untuk menjadi
sumber rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang merangkumi
aspek akademik, penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan, pembangunan pelajar, aktiviti
jaringan komuniti dan perkhidmatan profesional. UPNM juga sentiasa memastikan aspek
pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang dijalankan menepati penanda aras yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pertahanan
Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia, serta agensi akreditasi lain yang berkenaan termasuk
Engineering Accreditation Council Malaysia
(EAC), dan Majlis Perubatan Malaysia.
5.1.1.1 Pengajaran Peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda
Secara keseluruhannya, terdapat empat fakulti dan dua Pusat Pengajian telah ditubuhkan di
UPNM yang menawarkan 20 program, meliputi tiga program asasi, empat program diploma
dan 13 program sarjana muda, iaitu:
1.
Program Asasi Pertahanan
Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
Asasi Pengurusan dan Strategi
Asasi Perubatan
2.
Fakulti Kejuruteraan
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
3.
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
Diploma Ketangkasan Pertahanan
Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
Sarjana Muda Teknologi Maritim
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
4.
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Diploma Eksekutif Pengajian Strategik dan Pertahanan
Diploma Pengurusan Logistik
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Muda Pengajian Strategi