Previous Page  218 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 218 / 449 Next Page
Page Background

97

4.0 SUMBER

4.1 SUMBER MANUSIA

Jabatan Pendaftar diwujudkan semenjak UPNM ditubuhkan iaitu pada 10 November 2006

yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada semua

pegawai. Jabatan Pendaftar UPNM terdiri daripada lapan bahagian utama iaitu:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pengurusan Dasar;

Bahagian Pengurusan Akademik;

Bahagian Khidmat Pengurusan;

Bahagian Keselamatan;

Bahagian Kenderaan;

Pusat Kesihatan;

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terdiri daripada dua unit utama iaitu Unit Saraan

Perkhidmatan dan Pentadbiran Am yang bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan dan

saraan staf yang merangkumi aspek seperti cuti, kenaikan pangkat, persaraan dan lain-lain.

Unit ini menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa membuat penambahbaikan

secara berterusan bagi memenuhi setiap kehendak pelanggan. Unit ini juga memastikan

urusan perkhidmatan staf sepanjang tempoh perkhidmatan di universiti ini terjamin. Manakala

Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya memainkan peranan dalam memastikan

menarik, melantik dan mengekalkan staf yang berkualiti serta tenaga kerja yang

berpengetahuan, dinamik dan mempunyai kompetensi ynag tinggi bagi mencapai matlamat

universiti.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia merupakan bahagian yang merancang dan

memastikan setiap pegawai mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dan generik dalam

melahirkan pegawai berprestasi tinggi. Unit Latihan dan Kompetensi merancang kursus

sepanjang tahun bersesuaian dengan bidang pegawai masing-masing. Manakala Unit Cuti

Belajar memberi peluang kepada pegawai untuk melanjutkan pengajian pada tahap yang

lebih tinggi.

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendaftar ditubuhkan berdasarkan aspirasi visi, misi

dan objektif Jabatan Pendaftar dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang

menepati kepuasan pelanggan. Unit ini juga komited bagi menyediakan perkhidmatan yang

berkualiti dan cemerlang melalui kemudahan perkhidmatan serta membuat penambahbaikan