

98
secara berterusan. Bahagian Keselamatan bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal
keselamatan universiti dan penguatkuasaan peraturan bagi memastikan persekitaran
universiti berada dalam keadaan aman selaras dengan visi dan misi universiti. Bahagian
Kenderaan bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan penggunaan kenderaan yang
melibatkan aktiviti pelajar dan staf untuk pembangunan universiti selaras dengan peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Pusat Kesihatan bertanggungjawab dalam membantu dan
memberikan khidmat rundingan kesihatan kepada staf dan pelajar universiti. Bertepatan
dengan peranan dan fungsi Jabatan Pendaftar sebagai nadi yang menyediakan sumber
manusia yang relevan dengan persekitaran semasa untuk merealisasikan visi, misi dan
objektif universiti. Selain itu, menjaga keharmonian antara majikan pekerja juga dilihat sebagai
aspek yang penting untuk mengelakkan pergeseran dan saling mewujudkan suasana yang
harmoni.
4.2 KEWANGAN
Sejajar dengan perubahan landskap pendidikan pengajian tinggi, UPNM harus membentuk
satu model autonomi kewangan bagi membolehkan perancangan kewangannya
berkeupayaan menampung keperluan mengurus. Adalah dijangkakan dalam tiga tahun yang
akan datang akan menampakkan peralihan menerusi model pembiayaan kewangan yang
sedia ada akan dimansuh dan digantikan dengan model pembiayaan 30:70; iaitu 30%
pembiayaan dalaman dan 70% pembiayaan geran kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi
universiti berfokus seperti UPNM, sasaran sumber dalaman sebanyak 25% adalah memadai.
Oleh yang demikian, strategi kewangan menyasarkan tempoh peralihan ini meliputi dari tahun
2016 hingga 2018.
UPNM, sejak penubuhannya pada 2006 telah mengalami pembangunan dan pertumbuhan
yang berterusan. Universiti telah membiayai keperluan kewangan yang diperlukan oleh
pembangunan akademik melalui pelbagai sumber seperti geran mengurus, geran
pembangunan, geran penyelidikan, sumber dalaman dan aktiviti komersil. Kepelbagaian
sumber ini juga digunakan untuk membiayai keperluan mengurus universiti. Bagi memastikan
kelangsungan pelaburan dalam pertumbuhan, UPNM telah melaksanakan anjakan kepada
strategi sedia ada. Perancangan bajet dan kewangan dirangka supaya mampu menampung
keperluan dalam pembaharuan proses dan sistem, pembangunan staf dan perubahan
organisasi. Perancangan strategik jabatan dijajarkan seiring dengan objektif UPNM dan
mampu untuk menyesuaikan dengan perkembangan semasa.