Previous Page  236 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 236 / 449 Next Page
Page Background

115

lingkaran fasa 1 dan peningkatan prasarana baharu berjumlah RM21.3 Juta dan Projek

Perolehan Peralatan Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Keselamatan Siber

berjumlah RM8 Juta. Bajet penyelenggaraan untuk Jabatan Pembangunan dan

Penyelenggaraan melakukan kerja-kerja selenggara berkala, perkhidmatan, pencucian

berkala dan lain-lain kerja yang berkaitan pula berjumlah RM10.9 juta setahun.

5.5 PENGURUSAN SUMBER

UPNM telah ditubuhkan pada 10 November 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan

awam untuk keperluan pertahanan negara. Program akademik yang ditawarkan di UPNM

adalah setanding dengan UA luar dan dalam negara. Program ini dapat menarik minat pelajar

kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan

yang berbentuk

hands-on

. Pengetahuan yang diperoleh boleh diaplikasi kepada aset

pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam

Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor

perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini. Manakala, Jabatan Pendaftar telah

diwujudkan sejak UPNM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber

manusia, akademik pelajar, kemudahan dan keselamatan Universiti.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UPNM berperanan dalam

menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada semua staf. Sebagai nadi utama dalam

pengurusan dan pentadbiran sumber manusia UPNM, Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia telah menubuhkan dua unit iaitu Unit Pelantikan dan Pengambilan (UPP) dan Unit

Perkhidmatan dan Pembangunan Kerjaya (UPPK) sebagai tunjang utamanya. Penubuhan

unit-unit ini akan membantu Universiti mengekalkan prestasi yang lebih berkualiti dan efisien

serta dapat memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat kepada seluruh warga Universiti.

Pelbagai kejayaan yang telah dicapai dan boleh dibanggakan apabila Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia membantu Universiti mencapai

Key Performance Indicator

(KPI) dan hal ini

sekali gus mengangkat kualiti Universiti setaraf dengan UA yang telah lama ditubuhkan.

Pemilihan, pengambilan dan pelantikan kakitangan baharu yang berdedikasi dapat

meningkatkan lagi kredibiliti Universiti. Impak daripada ini juga dapat dilihat apabila aspek

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat dipertingkatkan dengan memberi nilai tambah

kepada kualiti dan kuantiti staf akademik.

Sepanjang penubuhan Universiti, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memberikan

perkhidmatan pada aras tinggi terhadap semua pegawai sedang berkhidmat di UPNM apabila