

131
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/ Komuniti yang
digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/
komuniti. Salah satu pelan pengukuhan yang telah digariskan adalah Program Pemindahan Pengetahuan
Kepada Komuniti dan Industr
i (Knowledge Transfer Program for Community and Industry).
Kepentingan CAP KTP
Perlaksanaan KTP adalah amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di
Malaysia dan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan bagi sesuatu komuniti dan
industri. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pengajian tinggi global dan hasrat negara menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, maka Dasar KTP akan merangka matlamat,
skop, bidang, hala tuju dan garis panduan perlaksanaan program KTP.
Tumpuan Fasa 2
Fokus utama KTP adalah untuk memahami permasalahan sasaran komuniti dan industri bagi meningkatkan
pemindahan dan perkongsian ilmu melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan kajian,
pengalaman dan kemahiran antara IPT, organisasi penyelidikan, industri, institusi pemerintah dan masyarakat
luas.
Pada masa yang sama, pembangunan dan peningkatan kualiti produk, perkhidmatan dan dasar akan
dikongsi untuk manfaat bersama bagi pemegang taruh yang dikenal pasti iaitu akademia, industri, masyarakat
dan lulusan siswazah.
Rasional Dasar KTP
Rasional dasar KTP yang telah dikenal pasti adalah untuk menggalakkan dan mengakui penglibatan antara
komuniti/industri dan ahli akademik dalam rangka menyokong pelaksanaan MBE negara dalam mencipta
sebuah bangsa berpengetahuan mantap dan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan
untuk menyediakan platform yang sesuai dan menjadi perantara untuk penukaran yang memudahkan
pengenalan dan pemadanan
(matching)
kepakaran yang tepat di IPT amat diperlukan bagi memenuhi
keperluan dan permasalahan komuniti dan industri.