

127
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
•
Meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran dan laluan pengajian tinggi
kepada lepasan menengah dan golongan yang memerlukannya.
•
Menyediakan pelbagai program latihan kemahiran yang progresif bagi meningkatkan taraf
hidup masyarakat setempat.
•
Mewujud dan memupuk budaya keusahawanan bagi menyokong pembangunan
sosioekonomi masyarakat setempat.
•
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkayakan ilmu untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup.
•
Meningkat dan memperluaskan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi, industri dan
pelbagai agensi bagi pembangunan kualiti hidup masyarakat setempat.
Rumusan Fasa 1
Pelaksanaan CAP Transformasi Kolej Komuniti telah bermula pada pertengahan tahun 2010 dengan
penetapan tujuh objektif strategik dan 13 Petunjuk Prestasi Utama. Pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej
Komuniti telah berjaya mendatangkan hasil seperti berikut:
•
Pertambahan bilangan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang ditawarkan.
•
Pertambahan bilangan agensi yang terlibat dalam kolaborasi penasihatan keusahawanan.
•
Peningkatan bilangan IPT yang mengiktiraf lulusan Kolej Komuniti.
•
Pertambahan bilangan Kolej Komuniti.
•
Pertambahan bilangan program yang berjaya dilaksanakan bersama IPT, industri dan agensi
di Kolej Komuniti.
•
Peningkatan peratus tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan profesional/kemahiran.
Isu-isu yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej Komuniti adalah seperti
berikut:
•
pembinaan Kurikulum Sijil Modular Kebangsaan masih dalam peringkat penggubalan;
•
faktor ruang pembelajaran dan infrastruktur yang masih tidak mencukupi; dan
•
kekurangan kepakaran sumber manusia dalam bidang kemahiran.