

123
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PROJEK AGENDA KRITIKAL
KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Aktiviti keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya
kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia
daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi
untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan sokongan modal
insan yang berkualiti dan kompetitif.
Dalam konteks ini, KPT berpandangan adalah signifikan bagi pelajar Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti
untuk diberikan pendedahan dan diterapkan dengan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang
merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil
risiko terkira
(calculated risk)
dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang
(opportunity
identification and creation)
.
Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi PengajianTinggi pada13April 2010yangbertujuanuntukmenggalakkanpendidikandanpembangunan
keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Pelaksanaan
inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai
nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/
lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin
kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada
ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai,
kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan
(entrepreneurial academics)
.
Pendidikan keusahawanan adalah juga merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat
Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan
Inovasi. Di samping itu, agenda CAP Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan
kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.
Manakala daripada aspek sosial pula, perkembangan positif aktiviti keusahawanan akan mampu menjayakan
aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keupayaan golongan besar masyarakat serta
mengurangkan jurang antara masyarakat miskin dan kaya serta masyarakat bandar dan luar bandar.