Table of Contents Table of Contents
Previous Page  158 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 158 / 180 Next Page
Page Background

128

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2

Dalam pelaksanaan Fasa 2, CAP Transformasi Kolej Komuniti akan memberi tumpuan kepada agenda

pengukuhan Kolej Komuniti yang merangkumi pelan-pelan tindakan seperti berikut:

Memperbanyakkan program berorientasikan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri

untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Melatih semula

(reskilling)

pekerja-pekerja yang telah memasuki alam pekerjaan tanpa asas

kemahiran.

Meningkatkan kemahiran

(upskilling)

tenaga pengajar selaras dengan penubuhan pusat

pentauliahan di Kolej Komuniti.

Mempergiatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan

kurikulum dan pemindahan ilmu dan teknologi secara perantisan.

Memperkukuh dan memantapkan PSH untuk menjadikannya sebagai teras ketiga pendidikan

selepas pendidikan sekolah dan tertiari dalam sistem pendidikan negara.

Mempergiatkan program keusahawanan dan kebolehpasaran siswazah.

Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan

berkualiti kepada komuniti setempat.

Dengan terlaksananya program dan inisiatif bagi Transformasi Kolej Komuniti, adalah diharapkan hasil seperti

berikut akan dicapai menjelang akhir tahun 2015:

120,000 peserta mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK);

Kolej Komuniti menyumbangkan 35% tenaga mahir negara;

memberi impak maksima kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat yang berasas

pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi; dan

Kolej Komuniti menjadi institusi pilihan bagi golongan yang inginmempertingkatkan kemahiran

dan pengetahuan.

Bagi meningkatkan keterlihatan Kolej Komuniti pada peringkat antarabangsa, kerjasama bantuan latihan

oleh tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu terutamanya kepada negara Cambodia, Laos,

Myammar dan Vietnam (CLMV) akan ditingkatkan.

Kejayaan dalam mencapai hasil yang diharapkan bergantung pada faktor-faktor kritikal seperti tadbir urus

yang berkesan, penglibatan tenaga kerja industri sebagai sumber manusia, infrastruktur sokongan dan

peruntukan yang mencukupi.