

133
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Perlaksanaan projek-projek KTP akan dijalankan oleh IPTA yang mempunyai pengalaman dan kepakaran
dalam menjalankan kerja penglibatan universiti-komuniti/ industri sebelum ini. Ini merujuk kepada
track record
pusat-pusat dan jabatan-jabatan di IPTA yang mempunyai kerjasama komuniti dan industri.
SOKONGAN PELAKSANAAN
Struktur Governan Pelaksanaan PSPTN
Sebagaimana yang dilaksanakan dalam Fasa 1, struktur governan yang sama diguna pakai bagi memastikan
terdapat keselarasan antara setiap CAP dan inisiatif serta aktiviti yang dilaksanakan agar menjurus kepada
hasrat dan objektif utama PSPTN (Rujuk dokumen
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun
2020
). Mekanisme ini juga membantu KPT menilai, secara kolegial, aspek-aspek pembangunan setiap CAP,
serta menangani cabaran dan isu yang timbul, agar pelaksanaan menjadi lebih lancar dan teratur, yang
akan membawa kepada kejayaan PSPTN.
Struktur governan pelaksanaan PSPTN adalah seperti rajah di bawah:
Jawatankuasa Pemandu
Pengerusi : YB Menteri Pengajian Tinggi
Jawatankuasa Teknikal
Pengerusi : KSU KPT
Bahagian
Perancangan &
Penyelidikan (P&P)
PASUKAN CAP
(Pengerusi, Ketua Sekretariat,
team members
)
PASUKAN iPMO
(IPTA, Politeknik, KK)
PMO
STRUKTUR GOVERNAN PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA