

136
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Pasukan Projek CAP
Setiap pasukan projek CAP, diterajui oleh seorang Pengerusi, dibantu secara operasi oleh Ketua Sekretariat,
kumpulan sekretariat dan kumpulan penasihat yang terdiri daripada wakil akademia, industri (di mana
relevan) dan pemegang taruh yang lain. Pengerusi pasukan ini dipertanggungjawabkan untuk menetapkan
hala tuju CAP tersebut berpandukan hala tuju PSPTN (Rujuk dokumen
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Melangkaui Tahun 2020
) dan rundingan serta perbincangan dan persetujuan dengan pemegang taruh bagi
agenda CAP tersebut. Sekretariat CAP, yang diketuai oleh seorang Ketua Sekretariat, dipertanggungjawabkan
untuk merancang dan merangka program bagi tujuan mencapai sasaran bagi KPI yang ditetapkan,
serta memberikan panduan pelaksanaan kepada pihak pelaksana di IPT. Ketua Sekretariat CAP juga
bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan memaklumkan apa-apa kekangan dan cabaran pelaksanaan,
supaya proses
‘unlocking’
dan pemudah cara dapat dilaksanakan dalam memastikan sasaran KPI dapat
dicapai. Dalam hal ini, hubungan yang kuat perlu diwujudkan antara Pasukan Projek CAP dengan Pasukan
iPMO di setiap IPT.
iPMO – Pasukan PMO di IPT
Setiap IPT (IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti) telah menubuhkan Pejabat Pengurusan Projek masing-masing
sewaktu tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, yang secara operasinya dikenali sebagai iPMO
(Institutional
PMO)
dan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh pihak IPT. Peranan yang dimainkan oleh iPMO amat
penting, dalam usaha merancang dan melaksanakan pelan tindakan pada peringkat institusi masing-masing,
selari dengan objektif strategik bagi setiap CAP yang ditetapkan oleh Pasukan Projek CAP, antara lain melalui
rundingan dengan pasukan PMO di IPT.
KESIMPULAN
Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN ialah kesinambungan terjemahan hala tuju Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara Melangkaui Tahun 2020, yang bermula dengan Pelan Tindakan Fasa 1 PSPTN. Cadangan dan pelan
pelaksanaan yang dikemukakan oleh Pasukan Projek bagi kesemua 23 CAP dalam Fasa 2 ialah hasil daripada
penggemblengan pemikiran, usaha dan kemahuan
(will)
semua pihak berkepentingan, demi memastikan
bahawa hasrat negara memberi kemakmuran kepada rakyatnya dapat direalisasikan.
Tumpuan yang diletakkan oleh semua Pasukan Projek CAP kepada peningkatan dan pemerkasaan modal
insan negara, melalui pelbagai inisiatif dan model pelaksanaan, bukan berlaku secara kebetulan. Fokus
tersebut adalah berpandukan harapan yang telah diperincikan secara jelas dalam Rancangan Malaysia