

135
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
pengurusan projek dan juga berperanan sebagai urus setia bagi pelaksanaan PSPTN. PMO melandaskan
operasi pengurusan projeknya kepada empat unit:
•
Unit Perancangan
- bertindak membantu merancang penggubalan objektif strategik dan
pelan tindakan bersama dengan Sekretariat CAP; membantu unit-unit lain di PMO dalam
melaksanakan pemantauan pelaksanaan CAP; menyelaras dengan mana-mana agensi
dan jabatan tentang perkara-perkara berkaitan perancangan CAP; mengurus mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN, serta menyediakan laporan
pencapaian status pelaksanaan PSPTN secara keseluruhanmelalui kerjasama dengan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, KPT.
•
Unit Pemantauan
- Melaksanakan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada
peringkat pusat dan di agensi pelaksanaan berkaitan, agar pelaksanaan projek agenda kritikal
adalah mengikut jadual; menyelaras laporan pelaksanaan dari peringkat pusat dan
agensi pelaksanaan secara bulanan; menyediakan laporan-laporan pemantauan untuk
pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN;
mengurus risiko dan isu yang dibangkitkan oleh agensi pelaksana dalam melaksanakan CAP.
•
Unit Penilaian
- Melaksanakan penilaian ke atas prestasi pelaksanaan CAP menerusi kaedah-
kaedah yang dipersetujui, mencadangkan tindakan intervensi; memberikan maklum
balas laporan penilaian untuk tindakan semula sekretariat CAP bagi tujuan penambahbaikan;
merangka metodologi penilaian bagi menilai pelaksanaan PSPTN berdasarkan perancangan
dan objektif projek agenda kritikal; menyediakan laporan-laporan penilaian untuk
pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN.
•
Unit Komunikasi dan Latihan
- Merancang pelan komunikasi untuk melancarkan pelaksanaan
PSPTN pada peringkat pusat dan agensi pelaksana; menjadi
focal point
dalam penyaluran
maklumat mengenai status pelaksanaan PSPTN; merancang dan melaksanakan kajian impak
terhadap keberkesanan sistem pemantauan PSPTN; mengurus penerbitan rujukan berkaitan
pelaksanaan CAP; memberikan latihan dan panduan kepada pemilik projek dan agensi
pelaksana dalam melaksanakan CAP secara berterusan.
PMO berurus secara terus dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi,
dalam menyalurkan maklumat berkaitan pencapaian PSPTN berdasarkan setiap CAP dan mencadangkan
tindakan-tindakan dasar yang perlu diambil oleh Bahagian tersebut.