

124
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Rumusan Status Fasa 1
Pendidikan dan pembangunan keusahawanan telah diwujudkan sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal
PSPTN pada 25 Mei 2010. Oleh yang demikian bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk dijadikan sebagai
base line data
dan untuk mengetahui sejauh mana program dan aktiviti keusahawanan dilaksanakan pada
peringkat IPT, taklimat dan sesi dialog dengan wakil IPT telah diadakan bagi mendapatkan input tersebut.
Setelah itu strategik objektif dibangunkan dan ujilari juga dijalankan untuk melihat tahap program dan aktiviti
keusahawanan dijalankan di IPTA dengan mengambil kira penyediaan ekosistem dan sistem sokongan yang
wujud di IPT, program-program yang ditawarkan, kompetensi tenaga pengajar dari segi kepakaran dan
pengalaman serta peruntukan kewangan yang disalurkan untuk program dan aktiviti keusahawanan. Selain
itu maklumat juga mengenai isu pelaksanaan dan cadangan pengukuran juga dibincangkan.
Tumpuan Fasa 2
Antara keberhasilan CAP Keusahawanan yang disasarkan menjelang 2015 ialah untuk menyumbang dalam
menyediakan modal insan dengan minda kelas pertama yang berkualiti, berinovasi dan berdaya saing.
Modal insan tersebut akan menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi
berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi danmembantumembangunkan danmelestarikanmasyarakat
perdagangan dan industri melalui penghasilan berikut:
•
peratus siswazah/lulusan yangmenjadi usahawan selepas enambulan bergraduasi meningkat
daripada 1.6% kepada 5% (peningkatan sebanyak 313%);
•
pelajar yang diberi pendedahan keusahawanan meningkat 100%;
•
staf IPT diberikan latihan dalam pendidikan keusahawanan; dan meningkatkan kepada 80%;
dan
•
sistem penyampaian IPT yang
enterprising.
Bagi melaksanakan CAP Keusahawanan, faktor-faktor kejayaan kritikal yang akan menyumbang kepada
kejayaan adalah seperti:-
•
penubuhan dan pemantapan Pusat Keusahawanan IPT;
•
peruntukan kewangan;
•
dasar/peraturan yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan;
•
kefahaman, kesedaran dan komitmen pihak pengurusan atasan IPT;
•
tenaga pendidik yang kompeten dalam IPT;