

95
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
*
Program Kepimpinan Apex
*
Memperkenalkan kriteria pelantikan baru dan insentif untuk Dekan
dan Pengarah Pusat Kecemerlangan
*
Menambah baik Pengurusan Pengambilan Pelajar
*
Memperkenalkan Sistem Pengurusan Modal Insan (
Human Capital
Management System
- HCMS)
o
Meningkatkan Sumber Kewangan Universiti - USM dapat menjana kewangan
berbanding
grant-in-aid
sebanyak 22%. Kewangan dijana melalui yuran pengajian,
kerja-kerja perundingan, aktiviti pengkomersilan, projek-projek penyelidikan dan lain-
lain.
o
Nurturing and Learning
- USM memperkenalkan inisiatif baru dalam tahun 2010 iaitu
penubuhan Parlimen Mahasiswa USM dan
Student Entrepreneurial Development
Initiatives Agenda
(SEDIA) untuk mendidik dan menggalakkan mahasiswa
berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Dalammelaksanakan program Apex, cabaran untuk terus bergerak pantas agak terbatas kerana proses untuk
mendapatkan autonomi memakan masa kerana ianya melibatkan pemakaian Akta-akta dan Peraturan
yang memerlukan antara lainnya penurunan kuasa, pewujudan sistem akauntabiliti yang kukuh, dan juga
perkara-perkara yang melibatkan skim perkhidmatan.
Tumpuan Fasa 2
Di bawah program Apex, USM diberi tempoh selama lima tahun (2008 – 2013) untuk menunjukkan lonjakan
hasil pencapaiannya berdasarkan pelan transformasinya seperti yang terkandung dalam cadangannya iaitu
Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.
Hasil lonjakan transformasi yang dilaksanakan melalui Apex dijangka mempengaruhi kedudukannya sebagai
sebuah institusi pendidikan tinggi yang
relevant, referred
and
respected
dengan memberi penekanan
kepada bidang penyelidikan yang menggalakkan kelestarian
(World Class Research university with emphasis
on sustainability).