

91
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PROJEK AGENDA KRITIKAL
PROGRAM PEMACUAN KE ARAH KECEMERLANGAN (Apex)
Pengenalan
Di bawah Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN) Fasa 1, salah satu projek berprofil
tinggi bagi memperkasakan pengajian tinggi di persada dunia ialah pembabitan universiti awam dalam
program Apex, yang dikenali sebagai Universiti Apex. Universiti Apex akan bertindak sebagai faktor pemangkin
untuk mencetuskan rangsangan supaya seluruh sistem pengajian tinggi bergerak ke arah kecemerlangan.
Institusi yang dipilih untuk melaksanakan program ini akan menjadi model kepada institusi lain dalam
menentukan tanda aras pencapaian dan menggunakan amalan-amalan terbaik universiti tersebut.
Pada 3 September 2008, setelah menilai Kertas-Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh sembilan buah
Institusi Pengajian Tinggi yang berminat melaksanakan program Apex, Jawatankuasa telah memperakukan
cadangan dari USM untuk melaksanakan program ini. USM dipilih kerana ia menepati tiga kriteria yang
ditetapkan iaitu:
•
Kebersediaan
(state of readiness)
sesebuah institusi untuk menjalankan lonjakan ke arah
kecemerlangan;
•
Mempunyai Pelan Transformasi untuk merancang dan menentukan masa hadapannya
supaya dapat bersaing dan berada di tangga terbaik dunia; dan
•
Kebersediaan untuk berubah
(preparedness for change)
dalam penentuan arah dan
perancangan yang strategik, menggunakan pendekatan pembangunan secara luar biasa
sertamemerlukan institusimencari danmengenal pasti carabaruuntukmemacupertumbuhan
yang cepat dalam keadaan luar biasa.
Bagi melaksanakan program Apex, fleksibiliti perlu diberikan kepada USM supaya ia dapat bergerak dengan
pantas dalammembuat sesuatu keputusan. Tindakan untuk memberikan autonomi dari segi Institusi Governan,
Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Sumber Manusia, dan Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar
kepada USM sedang diusahakan.
Misi utama USM dalam mengendalikan program Apex ialah sebagai universiti perintis, intensif penyelidikan
rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi
mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka selaras dengan wawasan USM untuk Transformasi
Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.