Table of Contents Table of Contents
Previous Page  119 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 119 / 180 Next Page
Page Background

89

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Meningkatkan keupayaan penyeliaan bagi program pengajian pascasiswazah secara

penyelidikan di IPTA dan IPTS dengan peningkatan bilangan pensyarah berkelayakan PhD

dan setaraf.

Merangsang permintaan untuk pengajian pascasiswazah secara penyelidikan dengan

menyediakan insentif untuk penyertaan lebih meluas dari semua sektor selain sektor awam,

iaitu pekerja-pekerja sektor swasta dan orang awam. Perluasan ini bermakna skop penyelidikan

ijazah Doktor Falsafah bukan hanya tertumpu di IPT yang melibatkan penyelia akademik,

tetapi juga di industri yang melibatkan penyelia industri.

Memastikan pelajar ijazah Doktor Falsafah yang diberi pembiayaan bergraduat dalam

tempoh yang ditetapkan (GOT).

Pencapaian Fasa 2 akan diukur melalui kaedah berikut:

Pengiraan nisbah pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf selaku penyelia berbanding

bilangan enrolmen pelajar ijazah Doktor Falsafah di IPTA.

Peningkatan peratus pensyarah IPTA yang berkelayakan PhD dan setaraf, iaitu bagi UP

adalah 75% dan selain UP adalah 60%.

Peningkatan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf.

Peningkatan kadar kejayaan pelajar PhD dan setaraf yang menamatkan pengajian dalam

tempoh lazim yang sepatutnya (GOT).

Sehubungan itu, antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan pensyarah IPTA yang

berkelayakan PhD dan setaraf adalah pembiayaan pengajian pascasiswazah di bawah program SLAB/SLAI

seramai 9,816 orang.

Manakala inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mencapai peningkatan enrolmen pelajar ijazah Doktor

Falsafah dan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf adalah melalui:

Pembiayaan pengajian Ijazah Sarjana di bawah program MyMaster seramai 40,000 orang.

Pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program MyPhD seramai 5,000 orang.

Seterusnya, inisiatif yang akan dijalankan dalam meningkatkan penyertaan industri dan institusi penyelidikan

di luar Kementerian Pengajian Tinggi adalah pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program PhD

Industri seramai 500 orang.