

86
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PROJEK AGENDA KRITIKAL
MyBrain15
Pengenalan
MyBrain15 adalah salah satu agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan bagi PSPTN. Objektif
MyBrain15 adalah untuk melahirkan bilangan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf yang
secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu ekonomi negara yang berdaya saing.
MyBrain15 berfungsi sebagai landasan bagi pembentukan massa kritikal dan graduan berpengetahuan tinggi
yang terkenal pada peringkat antarabangsa melalui penciptaan dan inovasi produk dan perkhidmatan
mereka.
Dalam mencapai misi tersebut, Kerajaan menyasarkan seramai 60,000 rakyat Malaysia mempunyai kelayakan
PhD dan setaraf menjelang tahun 2023 serta menetapkan sasaran untuk menambah bilangan penyelidik
kepada nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) bagi 10,000 tenaga kerja. Statistik terakhir sebelum
PSPTN dilaksanakan pada tahun 2008 menunjukkan Malaysia hanya mempunyai 9,153 orang (tidak termasuk
yang berkhidmat di sektor swasta) warganegara yang berkelayakan PhD.
Proses menghasilkan siswazah PhD dalam Fasa 2 bergantung kepada kapasiti institusi pengajian tinggi untuk
menyediakan penyelia yang mencukupi bagi program pascasiswazah secara penyelidikan yang ditawarkan
(dirujuk sebagai Kapasiti Penyeliaan). Manakala analisa data prestasi staf akademik yang di bawah penajaan
KPT menunjukkan proses menghasilkan pelajar PhD dan setaraf memerlukan tempohmasa lazim selama empat
tahun (dirujuk sebagai GOT iaitu
Graduate-on-Time
). Sehubungan itu, pencapaian inisiatif pembiayaan Skim
Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik Institusi (SLAI)pada Fasa 1 di bawah CAPMyBrain15
yang ditunjukkan melalui Kapasiti Penyeliaan IPT (nisbah bilangan penyelia dan bilangan pelajar) hanya boleh
diukur pada pertengahan Fasa 2, iaitu apabila tamat tempoh GOT pengajian PhD bagi pensyarah IPTA yang
dibiayai.
Dengan menggunakan statistik tahun 2008 sebagai data asas, kerangka MyBrain15 melibatkan inisiatif dan
unjuran jangka panjang yang meliputi tiga fasa PSPTN dan seterusnya tempoh awal Fasa 4 (sehingga tahun
2023).