

82
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
o
meningkatkan kesedaran dan menyediakan insentif menarik kepada pelajar untuk
membuat penyelesaian penuh hutang;
o
memantapkan lagi aspek penguatkuasaan bayaran balik terhadap peminjam
ingkar; dan
o
melantik agensi pemungut hutang bagi mengesan dan mengutip hutang peminjam
yang sudah mendapat penghakiman ingkar.
•
Menjadikan SSPN sebagai sumber pembiayaan utama pendidikan anak - anak dengan:-
o
menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib dalam SSPN bagi melayakkan
anak-anak mereka memohon pembiayaan pendidikan PTPTN; dan
o
memberi penjenamaan semula SSPN dengan memperkenalkan produk insurans
pendidikan selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta 566.
Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan CAP, tujuh faktor kritikal kejayaan telah dikenal pasti ialah:
•
Modal Insan
Modal insan merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
Oleh itu, strategi sumber manusia yang komprehensif adalah perlu untuk menyokong dan
memastikan kejayaan pelaksanaan strategi-strategi yang dirancang.
Setiap warga kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai
tahap penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, memiliki kekayaan moraliti dan
mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang
bersifat holistik. Sikap ini akan mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang dapat
menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.
•
Sumber Dana
Sumber dana yang mencukupi akan memastikan objektif yang telah ditetapkan dapat
dicapai dan membolehkan PTPTN berfungsi secara cekap dan berkesan.
•
Sistem dan Prosedur Kerja
Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan
semasa. Sistem dan prosedur yang mantap akan dapat meningkatkan tahap kecekapan
warga kerja dan organisasi.