

80
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Rumusan Status Fasa 1
Bagi tahun 2010, pencapaian objektif strategik adalah seperti berikut:
•
Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pembiayaan melalui pemantapan
pengurusan pembiayaan pendidikan
Sebanyak RM3.0 bilion telah berjaya diperoleh sebagaimana yang telah disasarkan iaitu
melalui pembiayaan daripada institusi kewangan.
•
Meningkatkan bayaran balik pembiayaan
Sebanyak 81% atau RM638 juta daripada jumlah yang telah disasarkan RM792 juta bagi tahun
2010 telah berjaya dikutip. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15% atau RM85
juta berbanding tahun sebelumnya (2009:RM553 juta).
Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sasaran kutipan ialah:
o
sistem pengurusan bayaran balik pinjaman masih dalam proses pemantapan dan
menggunakan sistem sedia ada yang beroperasi secara separa manual;
o
penstrukturan semula pembiayaan berdasarkan kaedah
Ujrah
telah menjurus kepada
kelewatan urusan kutipan balik dan penguatkuasaan kerana ianya melibatkan
penawaran dan penerimaan perjanjian yang baru, penjadualan semula hutang dan
sebagainya;
o
gaji peminjam yang tidak setimpal dengan kelayakan mengakibatkan
ketidakmampuan pelajar untuk membayar balik pinjaman; dan
o
sikap peminjam yang tidak menghiraukan surat amaran dan notis tuntutan seterusnya
mengakibatkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan.
•
Memastikan tawaran pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berkonsepkan
Ujrah
diselesaikan pada tahun 2011
Penawaran pertukaran kepada pembiayaan
Ujrah
telah dilaksanakan mulai September
2010 iaitu setelah sistem ELMAS siap dibangunkan. Sistem tersebut telah dibangunkan mulai
Jun 2010. Ini mengakibatkan hanya 62% atau 492,436 daripada 800,000 peminjam yang
disasarkan berjaya ditawarkan pertukaran kepada pembiayaan
Ujrah
.