

88
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
NISBAH PENSYARAH BERKELAYAKAN PhD BERBANDING ENROLMEN PELAJAR
Untuk mencapai sasaran MyBrain15, antara inisiatif yang diambil dalam Fasa 1 pelaksanaan adalah
meningkatkan penajaan pada peringkat PhD dan setaraf dalam kalangan pensyarah IPTA seperti berikut:
•
Menaja 3,333 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat Ijazah Sarjana.
•
Menaja 6,193 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat PhD dan setaraf.
Walau bagaimanapun, peningkatan pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf tidak boleh diukur dalam
Fasa 1 kerana secara puratanya ia mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk mendapatkan
hasilnya dan ruang lingkup penilaian bagi pencapaian ini masih lagi tertumpu di IPTA sahaja sama ada dari
segi bekalan pelajar mahupun permintaan.
Antara isu-isu MyBrain15 yang telah dikenal pasti dalam pelaksanaan pelan tindakan Fasa 1 adalah seperti
berikut:
•
kekurangan pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf yang menjadi syarat minima untuk
menyelia pelajar PhD dan setaraf;
•
kekurangan peruntukan bagi pembiayaan pengajian Ijazah Doktor Falsafah; dan
•
tempoh pengajian yang diambil oleh pelajar ijazah Doktor Falsafah melebihi tempoh lazim
GOT empat tahun.
Tumpuan Fasa 2
Jika dalam Fasa 1 yang hanya menumpukan kepada meletakkan asas keupayaan IPTA, Fasa 2 pula akan
memperluaskan tumpuan kepada aspek pemerkasaan seperti berikut:
Tahun
2006
2010
Bilangan Pensyarah
Berkelayakan
PhD & Setaraf
7,053
9,619
Bilangan
Enrolmen
Pelajar
9,612
23,238
Nisbah
1:1.7
1:2.4