

61
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
aktiviti dan pencapaian
mahasiswa
PROGRAM
SAFETY AWARENESS FEST
(SAFE)
SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI
Program
Safety Awareness Fest
telah berlangsung
dengan penuh sambutan dengan penyertaan
menyeluruh daripada seluruh Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta. Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia telah melibatkan keseluruhan
pesilat-pesilat seramai 48 orang untuk bersama-
sama menjayakan program tersebut bertempat di
Wangsa Walk Mall 30 September 2017.
Pelajar-pelajar UPNM turut bersama-sama
membantu dan berkerjasama dengan Persatuan
Silat Cekak Pusaka Hanafi Kuala Lumpur
menjayakan program ini di samping penglibatan
sebagai peserta dari kesemua ahli-ahli silat di dalam Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sokongan penuh
daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wangsa Walk Mall dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Di antara program-program yang telah diatur pada hari tersebut adalah senaman Combat Fitness,
Ceramah Keselamatan dan Anti Jenayah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ceramah Kepentingan
Memiliki Seni Pertahanan Diri daripada Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi dan persembahan
demonstrasi silat daripada seluruh Universiti berkonsepkan Anti-Jenayah dalam negara. Persembahan
demonstrasi yang ditampilkan oleh pesilat-pesilat Universiti Petahanan Nasional Malaysia tidak
menghampakan dengan aksi-aksi yang menarik.
Program ini telah dirasmikan oleh YM Sheikh Haji Mad Radzi Bin Haji Hanafi Al Qadhahi selaku Yang
Dipertua dan Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi. Program ini dilihat sangat memberi manfaat
kepada pelajar dan masyarakat sekitar tentang kesedaran untuk menghalang jenayah untuk terus
berleluasa dengan adanya sistem pertahanan diri melalui silat kepada setiap individu. Pertahanan diri
yang ada mampu untuk menghalang dan melambatkan proses ancaman jenayah yang berlaku sebelum
bantuan pihak PDRM tiba ke lokasi bagi meneruskan tindakan.
ISTIADAT PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES UA KE-36 TAHUN 2017 DI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM SELANGOR
Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-36 telah berlangsung dengan
jayanya bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 13 Ogos 2017. Penglibatan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada tahun 2017 merupakan penglibatan kali yang ke-8 di
dalam melahirkan Pegawai Muda Rejimen Askar Wataniah dan UPNM sentiasa komited untuk terus
menerus sebagai universiti peneraju utama melahirkan pegawai tentera di dalam negara.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah
melibatkan seramai 109 orang pelajar tahun tiga
(3) untuk ditauliahkan sebagai Pegawai Muda
dan keseluruhan penyertaan adalah melibatkan
seramai 1,832 Pegawai Kadet PALAPES seluruh
Universiti Awam yang terdiri daripada 755 Pegawai
Kadet Lelaki dan 1,076 Pegawai Kadet Wanita
dari 18 universiti awam. Latihan pentauliahan
bagi seluruh universiti telah bermula lebih awal
pada 29 Julai 2017 bagi persediaan yang lebih
rapi dan dikendalikan sepenuhnya oleh Markas
Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat
(MPLDTD).
booklayout.indd 61
7/24/18 11:01 AM