Previous Page  61 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 61 / 174 Next Page
Page Background

60

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

PEMENTASAN TEATER HARIMAU MALAYA PEJUANG GERILA FORCE 136

Pada 14 Disember 2017, Teater Harimau Malaya Pejuang Gerila Force 136 dipentaskan buat kali pertama

di Dewan Bestari, UPNM. Teater ini merupakan garapan dari kisah benar yang berlaku pada zaman

perang dunia kedua diantara bulan Ogos 1944 sehingga bulan Ogos 1945 yang memaksa tentera jepun

menyerah diri dan berdasarkan kepada kajian selama 12 tahun, tertumpu di dua daerah iaitu di Kem

Induk Force 136 di Hulu Perak dan di sekitar Raub, Pahang.

Tujuan teater ini dipentaskan adalah untuk mengimbas kembali dan mengenang jasa dan pengorbanan

pejuang negara yang telah bertungkus lumus dan mempertaruhkan nyawa untuk mengapai kebebasan

daripada penjajah. Selain itu, untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam diri pelajar

dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memahami cabaran-cabaran mendatang terhadap

peri pentingnya menjaga pertahanan negara.

PROGRAM KEPIMPINAN PERDANA ANTARABANGSA MPP UPNM

Pada 21 hingga 25 Ogos 2017,seramai 13 orang ahli MPP UPNM Sesi 2016/2017 telah ke Siem Reap,

Kemboja bagi menjayakan programmobiliti antarabangsa. Program ini diadakan bertujuan untukmemberi

pendedahan dan mengaplikasi kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, etika moral, komunikasi dan

pemikiran kritis & kreatif pemimpin-pemimpin pelajar di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia dan melebar luas rangkaian kepimpinan ke peringkat antarabangsa.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah lawatan kerja rasmi ke universiti-universiti

awam di Siem Reap, program sukarelawan di Pusat Tahfiz Siem Reap dan program terokaan ilmu di

tempat-tempat bersejarah di Siem Reap.

aktiviti dan pencapaian

mahasiswa

booklayout.indd 60

7/24/18 11:00 AM