Previous Page  60 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 60 / 174 Next Page
Page Background

59

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

aktiviti dan pencapaian

mahasiswa

yang terlibat. Program ini dianjurkan bertujuan

menyediakan platform dan ruang untuk

pelajar tahun akhir bagi menghadiri temuduga

terbuka daripada syarikat industri dan agensi

penguatkuasa. Selain itu juga program ini

memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang

akan menjalani latihan industri untuk memilih

tempat latihan industri yang bersesuaian dengan

bidang pengajian. Program ini juga memberi

informasi terkini berkaitan dengan tugas dan

peranan serta isu-isu semasa yang perlu pelajar-

pelajar ambil perhatian berkaitan tugas sebagai

pegawai penguatkuasa dan juga menjadikan

kerjaya penguatkuasa sebagai pilihan kerjaya.

Program yang dianjurkan juga mendapat

tajaan utama dari kumpulan Affin Bank serta

rakan penaja dari Maybank. Selain itu turut

membantu rakan strategik daripada Graduan,

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Nestle yang bersama-sama

menjayakan program ini.

Penganjuran kali ini merupakan penganjuran

yang terbesar diadakan berbanding sebelum

ini. Hal ini kerana penglibatan pelbagai syarikat

industri dan agensi penguatkuasa yang berbeza

menjadikan program ini lebih menarik.

GRADUATE EMPLOYABILITY

: KEBOLEHPASARAN

GRADUAN UPNM MENUJU PUNCAK

UPNM

-

Graduate

employability

atau

kebolehpasaran graduan merupakan satu

pencapaian yang melibatkan graduan bekerja

dalammasa tempoh 6 bulan bergraduan.Universiti

bertanggungjawab dalam memastikan pelajar

mereka mendapat pekerjaan dan berperanan

menyediakan pelbagai program yang melibatkan

industri dan kerjaya. Pada tahun 2017, UPNM

antara Universiti di kedudukan ke 2 antara 20

IPTA kebolehpasaran graduan dan kedudukan

ke 4 antara 115 IPT di seluruh Malaysia. Ini

menjadikan UPNM antara IPT yang mempunyai

kebolehpasaran yang tinggi. UPNM telah berjaya

mensasarkan 94.3 % kebolehpasaran graduan

pada tahun 2017 melepasi tahap awal yang

ditetapkan iaitu 88% ke atas.

UPNM khususnya akan memastikan pelajar-

pelajar yang bergraduan mendapat kerja dalam

tempoh yang ditetapkan. Bahagian Hal Ehwal

Pelajar dan Alumni melalui Unit Kaunseling

Kerjaya dan Alumni sebagai badan penggerak

kepada aktiviti pelajar memfokuskan kepada

kerjaya yang meliputi Program

University To Work

siri Talk, Career Fair & Internship Day

, Hari Kerjaya

Penguatkuasa, Forum Kerjaya Penguatkuasa,

Bengkel Penulisan

Resume, Starting School, Boot

Camp Workshop

, Pesona Graduan Turun ke Dunia

Korporat,

Grooming Workshop, Industry Visit,

Industry Talk, Ceo Talk, Mock Interview

dan lain-

lain lagi. Dalam masa yang sama UPNM sentiasa

mengadakan hubungan strategik kerjaya yang

melibatkan Talentcorp, Graduan Aspire, Career

Cube dan Jobs Malaysia.

UPNM berada di landasan terbaik dalam

memastikan pelajar-pelajar mereka dilengkapi

denganpelbagaikemahiranyangamatbersesuaian

dengan dunia pekerjaan masa kini berdasarkan 6

atribut yang diamalkan. Peningkatan peratusan

kebolehpasaran graduan UPNM mengikut tahun

merupakan bukti terbaik UPNMpengeluar graduan

yang sarat dengan kemahiran yang diperlukan

industri dan agensi penguatkuasa.

booklayout.indd 59

7/24/18 11:00 AM