

57
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
aktiviti dan pencapaian
mahasiswa
yang boleh dilaksanakan bagi mengekang isu musuh negara ini. Justeru pelaksanaan program yang
melibatkan penglibatan mahasiswa-mahasiswa perlu dijadikan agenda utama dalam membantu
menangani permasalahan yang mungkin berlaku.
Inisiatif yang dihasilkan dalam program ini yang mengabungkan mahasiswa di seluruh IPT menjadi
teras memastikan peranan mahasiswa universiti dapat dipertingkatkan. Pelbagai aktiviti dan pengisian
berjaya dilaksanakan antaranya Bicara Tokoh, Sembang Anak Muda, Malam Aspirasi Hidup Penuh Erti,
Bengkel Penyalahgunaan Dadah di sekolah, Meja Bulat Dadah MusuhAanak Muda, Larian 1000 Langkah
Hapuskan Dadah dan Resolusi Anak Muda Mahasiswa perangi dadah. Usaha dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak Kelab PEMADAM Kebangsaan dan juga IPT yang terlibat dapat membuahkan hasil
yang cemerlang sepanjang program ini dijalankan. Membentuk kepimpinan unggul Kelab PEMADAM IPT
yang cemerlang melalui interaksi, komunikasi dan rangkaian perhubungan antara kepimpinan peringkat
IPT, komuniti dan masyarakat.
Program yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri
Kementerian dalam Negeri telah berjaya menghimpunkan seramai 400 peserta Institusi Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta yang mana ianya bertujuan untuk membentuk generasi kepimpinan yang
pengetahuan dan berpendidikan luas dalam kebertanggungjawaban menyuburkan masyarakat bebas
dadah.
PROGRAM
MAHASISWA
@
SEKOLAH
KONVENSYEN KEPIMPINAN PEMADAM IPT 2017
Sungai Besi - Sebanyak 10 buah sekolah terdiri
daripada 5 buah sekolah menengah dan 5
buah sekolah rendah sekitar kampus Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia telah dipilih
bagi keterlibatan dalam program yang telah
dilaksanakan bersama 350 orang mahasiswa
daripada 15 IPT. Program anjuran Kelab
PEMADAM IPT UPNM dengan kerjasama Biro
Pendidikan PencegahanDadah IPT dan PEMADAM
Kebangsaan telah berjaya dilaksananakan dengan
sokongan bantuan serta kerjasama daripada
pihak Jabatan Pendidikan Wilayah dan PEMADAM
Wilayah persektuan Kuala Lumpur. Tujuan utama
program adalah untuk memberikan pendedahan
dan pengetahuan serta kesedaran dikalangan
murid kepimpinan pelajar terhadap kesan buruk
dadah pada diri, rakan pelajar, keluarga dan
masyarakat.
Selain itu, ia juga bagi membina semangat
bertanggungjawab dan perasaan ingin tahu
masalah rakan sebaya dan pelajar dalam usaha
membantu murid yang memerlukan bantuan
dan sokongan. Selain itu ia juga berperanan
untuk
mendidik
murid-murid
kepimpinan
sekolah bersama mahasiswa IPT dalam proses
membantu pihak sekolah menghindari najis dadah
dan seumpamanya.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya
Perkongsian ilmu dan pengalaman bersama
mahasiswa universiti yang hadir dalam
booklayout.indd 57
7/24/18 11:00 AM