

58
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
melaksanakan program yang dijalankan secara bersama selain aktiviti kuiz, talk 5 minit anti dadah dan
perancangan sahabat PEMADAM Sekolah.
Secara keseluruhan penglibatan pelajar sekolah yang terlibat seramai 1200 orang bagi 10 buah sekolah ini telah
memberikan impak kepada pelajar sekolah serta secara tidak langsung mempromosikan UPNM di kalangan
sekolah yang terlibat. Ini juga memperlihatkan keprihatinan UPNM dalammembantu pihak sekolah menangani
isu dan permasalahan sosial di sekolah.
aktiviti dan pencapaian
mahasiswa
SIRI PROGRAM SEKOLAH @ UPNM TAHUN 2017
UPNM 3 Jan. - Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Peers Leaders
UPNM dan Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni terus melaksanakan
tanggungjawab dan kewajipan sosial kepada komuniti dengan
penganjuran program Sekolah @ UPNM yang memfokuskan kepada 5
sekolah di sekitar kampus universiti. Seramai 80 pelajar di kalangan
Peers UPNM telah terlibat secara langsung dalam membantu
mengerakkan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2017
(Februari - Disember 2018).
Sebanyak 8 siri program telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama
sepenuhnya daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan sekolah yang terlibat. Antara program yang dilaksanakan
adalah programMotivasi Pelajar UPSR, Program Keibubapaan, Program
Kepimpinan Sekolah, Program STEAM sekolah, Program Smart Sahsiah
diri pelajar sekolah. Pengisian dan pelaksanaan program adalah
mengikut perbincangan dan perancangan pihak pentadbiran sekolah
bersama jawatankuasa yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Perkongsian idea antara pihak sekolah dan jawatankuasa ini telah
berjaya menjadikan penganjuran program memperolehi impak yang
sangat baik kepada pembangunan sahsiah dan akademik pelajar.
Di atas keberkesanan, impak dan keupayaan dalam melaksanakan
program dan aktiviti ini, program ini akan diteruskan pelaksanaannya
pada tahun 2018 dan akan dipertingkat serta diperbesarkan sasaran
sekolah bagi memberi peluang kepada lebih ramai lagi sasaran pelajar
yang terlibat.
Sesuatupelaksanaanprogramyangberjayamengangkat namauniversiti
dan mahasiswa dalam konsep kesukarelawan dalam menyumbang
bakti kepada masyarakat dan komuniti. Selain itu, ia juga mampu
melahirkan kumpulan pelajar mahasiswa UPNM yang berkeupayaan
tinggi dan mempunyai nilai budiman serta mempunyai potensi, bakat
yang besar dalam melaksanakan tugas peranan dan tanggungjawab
serta mampu melahirkan generasi
Leaders Of Character
di kalangan
mahasiswa UPNM.
PROGRAM
CAREER FAIR & INTERNSHIP DAY
UPNM 2017
UPNM 9 MEI 2017 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Unit Kaunseling Kerjaya
dan Alumni telah menganjurkan Program Career Fair & Internship Day
UPNM 2017 pada 9 Mei 2017, Jam 9.00 pagi - 4.00 Petang bertempat di
Dewan Pendekar, UPNM.
Program ini merupakan penganjuran kali kelima diadakan dengan
menghimpunkan 42 syarikat industri dan 20 agensi penguatkuasa
booklayout.indd 58
7/24/18 11:00 AM