

w w w . u p n m . e d u . m y
|
53
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
ketenteraan
(9) Ujian Renang.
Ujian renang dilaksanakan sekali
setahun merangkumi berenang pada jarak 50m
dan perapungan 3 minit. Bagi mereka yang gagal
ujian ini latihan susulan dibuat dan mereka akan
diuji semula. Pada peringkat awal, semua Pegawai
Kadet akan diuji kemampuan berenang. Seterusnya,
kumpulan yang tidak boleh berenang atau mereka
yang lemah akan diberi latihan sehingga mencapai
tahap yang telah ditetapkan. Semua pegawai kadet
diwajibkan mengikuti latihan ini.
(10) BMI Pegawai Kadet.
Latihan intensif telah direncana
khas kepada Pegawai Kadet yang mempunyai
Body Mass Index (B MI) melebihi kadar index 25
ke atas. Latihan ini dijalankan pada setiap hari isnin
hingga khamis mulai jam 1730 hingga 1830.
(11) Latihan Jasmani Bagi Staf dan Jurulatih ALK
serta Sukan ALK.
Latihan Jasmani bagi semua
staf dan jurulatih ALK diadakan pada setiap hari
Selasa dan hari Rabu diadakan hanya untuk staf
ALK. Manakala aktiviti sukan bagi semua jurulatih
dan staf ALK diadakan pada petang Rabu. Jadual
mingguan latihan jasmani adalah seperti berikut:
Aktiviti
(c)
Cross Country
Senamrobik
Bukit Besi
Latihan Jasmani
Minggu
(b)
Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ketiga
Minggu Keempat
Bil.
(a)
1.
2.
3.
4.
Catatan
(d)
Dijalankan untuk semua
Jurulatih dan Staf ALK
pada hari Selasa setiap
minggu
3.
Logistik.
a. Penginapan Pegawai Kadet. Penginapan Pegawai Kadet pada tahun 2015 adalah seperti berikut:
(1)
Blok Jebat - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Tuah dan Lekir.
(2)
Blok Kasturi - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Jebat dan Kasturi.
(3)
Blok Tuah - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Zulu dan Lekiu.
(4)
Blok Srikandi - Pegawai Kadet Wanita Batalion Zulu, Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir.
(5)
Blok Lekiu
- Pegawai Kadet Wanita Batalion Lekiu.
b. Skala Pakaian Pegawai Kadet. Sepanjang tahun 2015, terdapat 6 jenis pakaian Pegawai Kadet
mengikut skala yang telah ditetapkan. Pakaian tersebut adalah seperti berikut:
(1)
Pakaian No 1 (Parade Jacket). Pakaian ketika upacara Perbarisan Pentauliahan Diraja.
(2)
Pakaian No 3 (Darat, Laut dan Udara). Pakaian ketika waktu kelas akademik dan latihan
kawad.
(3)
Pakaian No 5 (Loreng). Pakaian ketika latihan ketenteraan.
(4)
Pakaian Sukan. Pakaian ketika waktu sukan.
(5)
Baju Kebangsaan Hitam. Pakaian ini dipakai ketika tahlil pada malam Jumaat dan majlis-
majlis agama yang lain.