

w w w . u p n m . e d u . m y
|
49
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
ketenteraan
(5) Ahad.
3.
Latihan.
a. Pengurusan Latihan Ketenteraan.
Bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan, konsep
latihan dan silibus mata pelajaran dikonsolidasikan bersama oleh Bahagian Operasi dan Latihan
MK ATM, MK Latihan TD, MK Pendidikan Laut dan MK Pendidikan Udara.
b. Latihan Ketenteraan Tahun 2015.
Laporan Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) Tahun 2015
merangkumi latihan ketenteraan yang telah dilaksanakan mulai Januari sehingga Disember
2015 adalah seperti berikut:
(1) Latihan Ketenteraan Umum (LKU).
Latihan Ketenteraan ini dilaksanakan untuk Pegawai
Kadet bagi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Kelas Ketenteraan dibahagikan
mengikut tahun pengambilan Pegawai Kadet. Latihan dilaksanakan pada hari Sabtu setiap
minggu dalam 2 semester sepanjang tahun 2015. Antara silibus dan mata pelajaran yang
ditekankan adalah seperti berikut:
(a)
Melaksanakan Latihan Ketahanan Mental dan Fizikal.
(b)
Mengendalikan Senjata Kecil.
(c)
Melaksanakan Tugas Pentadbiran, Regimental dan Anggota.
(d)
Melaksanakan Latihan Kawad.
(e)
Meningkatkan Kemahiran Individu.
(2) Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP).
LKP telah dilaksanakan oleh Pegawai Kadet
mengikut perkhidmatan masing-masing. Pada tahun 2015, LKP bagi Perkhidmatan Darat
dan Udara telah diadakan secara in-house, manakalah Perkhidmatan Laut dilaksanakan
di KDSI 1. LKP dijalankan selama 4 minggu iaitu pada 17 Jan hingga 15 Feb 15. Latihan
dilaksanakan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) setiap pusat
latihan perkhidmatan masing-masing. Penyata kekuatan Pegawai Kadet yang terlibat
dengan LKP pada tahun 2015 adalah seperti berikut:
Darat
(c)
231
223
454
LKP
(b)
LKP 1
LKP 2
Bil.
(a)
1.
2.
Jumlah
Laut
(d)
84
49
133
Udara
(e)
114
133
247
Jumlah
(f)
429
405
834