

46
|
w w w . u p n m . e d u . m y
ketenteraan
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
b. Sistem Pentadbiran Batalion.
(1) Sistem Pentadbiran Batalion.
Sistem ini mula dilaksanakan pada
tahun 2009 dan diguna sehingga kini.
Melalui sistem ini, Pegawai Kadet dari
Tahun 1 hingga Tahun 4 diletakkan
bersama dalam satu batalion yang
dipertanggungjawabkan
kepada
seorang Ketua Batalion berpangkat
Mejar/Setaraf, tiga orang Ketua
Kompeni berpangkat Kapt/Setaraf dan
3 hingga 4 orang Jurulatih berpangkat
PW 2/SSjn/Sjn/Setaraf. Secara amnya,
batalion mentadbir hal ehwal seperti
berikut:
(a) PemantauanDisiplindanKehadiran
Kelas.
Batalion bertanggungjawab
memastikan tahap disiplin Pegawai
Kadet naungan mereka sentiasa
berada di tahap yang tinggi.
Sebarang masalah kehadiran kelas
akademik akan dilaporkan oleh
pihak akademik kepada batalion.
(b)
Kebajikan Pegawai Kadet.
Pihak
batalion juga bertanggungjawab
dalam menentukan kebajikan
Pegawai Kadet diurus dengan
baik. Aduan yang diterima dari
batalion akan disalurkan kepada
pihak MK ALK sebelum dibawa
ke pengetahuan Komandan.
Setiap bulan batalion mengadakan
mesyuarat
kebajikan
bagi
mengutarakan isu permasalahan
semasa Pegawai Kadet.
(2) Sistem Pemegang Pangkat.
Pemegang Pangkat Pegawai Kadet
terdiri dari seorang Pegawai Rendah
Kanan Briged yang mana merupakan
Ketua bagi semua Pegawai Kadet
ALK. Selain itu, di batalion terdapat
pemegang pangkat seperti Pegawai
Rendah Kanan (PRK), Pegawai Rendah
Muda (PRM), Kadet Sarjan Mejar
Rejiman (SMR), Kadet Sarjan Mejar
Kompeni (SMK), Kadet Sarjan dan
Kadet Koperal. Pemilihan perjawatan
baru Pegawai Kadet akan dilaksanakan
oleh MK BLK pada setiap hujung
Semester 2 pengajian akademik.
Pemegang Pangkat dipilih melalui
satu Lembaga Pemilihan yang
ditubuhkan oleh MK ALK. Ia
dipengerusikan oleh Komandan
dan dianggotai oleh Pengarah ALK,
Ketua Jurulatih, Ketua Bahagian
P&PL, Ketua Cawangan Jasmani
dan semua Ketua Batalion.
c. Perintah Bahagian Pertama
(PERBAH 1)
Pegawai Kadet. PERBAH 1 Pegawai
Kadet dikeluarkan setiap hari oleh