Previous Page  76 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 76 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

75

8

K e t e n t e r a a n

Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP).

LKP telah

dilaksanakan oleh Pegawai Kadet mengikut perkhidmatan

masing-masing. Pada tahun 2014, LKP bagi semua

Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara dilaksanakan di Pusat

Latihan Perkhidmatan masing-masing iaitu Darat di Kolej

Tentera Darat, Laut di KDSI 1 dan Udara di Kolej Tentera Udara.

LKP dijalankan selama 4 minggu iaitu pada 7 Jul hingga 8 Ogos

14. Latihan dilaksanakan berpandukan kepada Rancangan

Pengurusan Latihan (RPL) setiap pusat latihan perkhidmatan

masing-masing.

Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA).

Latihan

Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) dilaksanakan selepas Pegawai

Kadet menamatkan pengajian akademik. Tempoh latihan lebih

kurang 6 bulan iaitu bermula dari 8 September 2014 hingga 6

Mac 2015 bagi menyediakan bakal-bakal pegawai dengan ilmu

pengetahuan ketenteraan yang diperlukan apabila ditauliahkan.

Semua Pegawai Kadet Tahun Akhir akan mengikut latihan

ketenteraan di Pusat Latihan Perkhidmatan masing-masing.

Seramai 159 Pegawai Kadet Darat menjalani latihan di KTD,

19 Pegawai Kadet Laut menjalani latihan di KDSI dan seramai

57 Pegawai Kadet Udara menjalani latihan di KTU. Latihan

dilaksanakan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan

Latihan (RPL) setiap pusat latihan perkhidmatan masing-

masing.